Aku ada seorang protege memorex ni. Opismate pun... Aku ajar dia semua yang aku tahu, kira semua yang aku ajar itu adalah kefahaman aku. Setakat ni boleh faham dan buat seperti diajar. Aku tumpang seronok bila seronok. Tapi time duit dia dah melebur, aku pulak jadi suspen. Aku ke yang silap ajar dia. rasanya ilmu aku straight forward.
Aku hanya berpandukan Gann HiLo Activator. Setiap timeframe Gann bertindak balas dengan nyata. Tapi berdasarkan pemerhatian aku dengan setting aku, Gann aku efektif pada timeframe D1 dan H1 untuk early entry. Aku tak mengabaikan timeframe lain. Semua aku kaji untuk mengambilkira risiko yang besar jika tersalah position. M15 untuk perfect setup aku sebenarnya dengan mengambilkira H1.
Berdasarkan pemahaman aku pada 5 indicator lain macam fisher, THV, QQE dan kadang2 aku refer indicator rantai trader wawasan, aku rela x trading berhari2 kerana aku masih x jumpa logik antara satu sama lain. Contohnya begini, fisher H4 naik dari paras bawah, price naik sikit (macam slow market je candle tu), Gann bawah candle (perfect indi utk bullish) THV trix bullish, tapi 1 indi je aku tengok tak sepatutnya, QQE bearish. So bila aku jumpa setting mcm ni aku faham la better stay away market if sayang duit nak floating beribu batu. Kadang2 QQE dah bullish, tapi semua indicator tu tunggang terbalik signal, bearish, bullish, aku choose side QQE untuk position. Tapi semua timeframe tengok juga nak entry. biasakan tengok D1,H4,H1 dan M15. M5 kalau nak scalping cantik la.
So, trading ni adalah satu seni charting future direction sebenarnya. Kita bukan jadi God of Gambler, tapi kita analisis carta lepas untuk perjalanan ke hadapan. Bukannya kita base kepada prediction. Kita basekan normal market. Kalau begini chart, price akan jadi begini atau begitu. simple je.
So kalau ada insan yang baca blog aku ni masih terkontang kanting nak trade forex. Better mahirkan baca carta, baca je apa yang ada kat dalam internet. kaji selidik sikit ilmu yang dapat. bahaya jugak kalau baca je dah faham. indicator ni bergantung kepada market. dia akan memplotkan situasi yang berbeza-beza. bila dah ada otai bagi pandangan, cuba fahami sendiri. bila kita dah nampak tabiat currency kita trade, kita dah boleh trade dengan keuntungan.
Selamat bertrading, jgn lupa zakatkan pendapatan... duit tu bukan semua hak kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan