Isnin, 12 Oktober 2009

Financial Planning - Serius ke ni?

Hahaha...aku maksudkan diri aku. Aku boleh kata dah habis kobek semua blog, forum, web dan segala macam site cari info pasal financial controlling. Semuanya beri tips yang baik. Cuma aku je suka buat plan ikut kepala hotak aku. Aku terbaca juga ulasan orang lain, komen dalam forum, analisis tak rasmi aku pada orang lain, semuanya hanya satu perkara yang sama. Tabiat berbelanja sebenarnya.

Tak nafi bila dapat gaji/claim, dunia ni ana yang punya. Sapa tak mau nak pamper diri sendiri dgn segala hajat. Aku habiskan Rm 800 dalam sehari untuk aku dan isteri puaskan hati beli barang rumah. Nak cantikkan rumah lah katakan. Tak cukup dengan tu aku spent duit ke kereta sebab aku rasa kereta aku dah 4 tahun tak ada kasih sayang aku. RM 500 gak le untuk keperluan kereta.

Malam ni aku duduk dan muhasabah balik semuanya. Aku dapat kepuasan yang aku nak. Cuma perasaan takut dan risau datang balik. What if esok lusa aku perlukan cash emergency untuk itu dan ini. Ini yang aku maksudkan. Takut tak ada duit la pulak.

So aku harus kembali jadi haji bakhil. Aku rasa haji bakhil hidup mesti dia lagi bakhil pada zaman sekarang. Ekekekek. Semuanya mencabar. Tiap bulan keperluan rumah meningkat. Sara hidup sefamily dah tak cukup RM2K. Nak selesai hutang piutang pun belum pasti. Jawabnya, perancangan tinggal sejarah lah. Umur pun dah 30 tahun. Patut jugak ada penyesalan ni. Iktibar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan