Sabtu, 25 April 2009

Satu Hari Yg Bermakna

Today is the most stressful day in my life because I learn a new way of financial life. Most of all know already, Foreign Exchange. Its not new, in fact its the riskiest of all market we have. I came in with zero, and I went home with millions of thought. Sure ramai menaruh pemikiran yg pesimis ttg pelaburan yg berisiko untuk kerugian duit in the blink of eye. Trust me. Just like we burn RM 500.00 with our own hands in front of our eyes. Trust me, no one would dare to do it. Even millionaires. Org bodoh je bakar duit. Org cerdik pakai duit untuk generate duit.

So the course quite good, tambah lagi mizee explain it very well. But imagine, what would we get if all the industry about tought in 7 hours. So, now I got homework everyday. Keep learning about the market. The price is something I bear to lose. The prize, just what you wish for.

Basically aku tak faham everything. Tp aku ada second sifoo yg lg advance nasihatnya. Kalau korg ada dengan aku waktu belajar, memang free dpt bodoh, bangang, biol dsb. Itu asam garam nak ilmu. Sifoo aku kata, follow our numbers not other numbers. Most important, pecah kan minda dengan emosi. Trade at your judgement with numbers. Ini bukan main loteri. Ini permainan pengiraan. Aku suka bab-bab mengira sejak sekolah. So aku berpendapat, better aku mengira for my own sake.

So aku dah tgk live akaun grand sifoo aku. Amat luarbiasa beb. Simple rule, simple thing, minimal risk,huge return. As a reward. Trade wisely. 1 sen rule. kekadang aku tergelak jugak, 1 sen pun boleh berniaga. Memang betul. 1 sen pun boleh diniagakan. So homework aku, trading 1 sen utk jdi 2 sen without any emotion inteference.

Sifoo aku dah warn. Dont lose judgement, esp spiritual matters. This is perniagaan semata-mata. Bukan nya the way of life. Part of life sahaja. Aku pun bersetuju jugak dgn sifoo aku. Most of the people said, dia ni reverse trend. Ada kata wayar tercabut. Mcm mcm benda lg. Tapi hanya dia yg tahu apa dia buat. Yg pasti he is richer than me million times for today. Imagine, nilai sehari dia mencecah RM 3700 sedangkan aku nilai sehari RM 40 je. So dengar ckp sifoo. Sifoo nak turun ilmu. Jgn lwn tokey.

Akdah tak larat nk explain for today. Byk sgt input. InsyAllah aku explain futher in other times. May Allah bless us.

Rabu, 22 April 2009

Menjadi Jutawan, realistik atau tidak

Salam,
Pagi ni salah seorg rakan aku bertanya khabar. Soalan pertama yang terpacul, "mcmana, dah jadi jutawan ke belum?". Persoalan ini memberi seribu tafsiran dlm otak aku. Kemudian aku terus buat tanggapan, dia ni faham ke tidak konsep jutawan ni.

Ok, mari bermuhasabah. Berapa ramai dikalangan kita yang bercita-cita untuk menjadi jutawan? Jawapannya pasti, semua di antara kita mahu jadi jutawan. Tapi tahu ke caranya?

Kita pecah kan nilai itu menjadi pelan. Nilai berapa kita perlu simpan untuk jadi sejuta dalam masa sebulan. Let say umur kita 25tahun. Target kita umur 50 tahun. Maka simpanan bulanan kita ialah

Rm1,000,000.00 bahagi 300 bulan bersamaan RM3,333.33. Ini bermakna Gaji kita mestilah lebih dari RM3,333.33. Berapa ramai di antara kita yg berada dalam lingkungan gaji 3500 ke atas. Tak semua org diantara kita begitu.

Objektif utama perancangan kewangan ialah bagaimana utk hidup bahagia. Anda semua harus ingat. Duit yg kita simpan mempunyai tujuan. Ada matlamat bg setiap individu. Ada yg ingin menyediakan duit utk selepas bersara(skim pencen), ada yg berhajat nak membeli rumah teres 2 tingkat (yg menetap di bandar), ada juga persediaan utk haji dan pelbagai lg sebab musabab.

Untuk mencapai matlamat, kita biasanya menabung dalam unit amanah. Popularnya ASB. Pulangan secara purata 8% setahun. Ada yg menyimpan di Tabung Haji yang pulangan purata 6% setahun. Ada yg tak kisah simpan kat mana2. Janji duit selamat.

Dalam perancangan kewangan, matlamat ini komprehensif. Kita menguruskan hutang sambil menyimpan. Kita harus tahu bagaimana pulangan dari simpanan tersebut terjadi. Dari sini kita lebih memahami konsep pelaburan yg bijak.

Satu contoh yg aku boleh berikan. Pendapatan purata bulanan keluarga aku dalam RM4,500.00 dan perbelanjaan tetap bulanan aku rm 3500. Lebihan duit aku gunakan untuk menabung di ASB kerana pulangan secara konsistennya 8%. Katakan Aku bermula pada bulan januari 2010. Jumlah tabungan Pada awal januari 2011 berjumlah RM12,000. So dividen aku dapat pada tahun tersebut ialah RM 960.00. Aku teruskan plan menabung ini selama 5 tahun. Hasil tabungan aku pada penghujung 2015 berjumlah RM 65,126.00 berbanding simpanan tanpa dividen hanya RM 60,000. Aku telah ganda kan wang simpanan secara compounding. Inilah yg dikatakan pelaburan bijak. Kita tak perlu ambil dividen pelaburan. Kita laburkan semula bersama-sama nilai pokok.

Let say, selepas 5 tahun aku berhajat nak beli proton exora berharga 75000 dengan instalment rm 800 sebulan. Duit 5126.00 aku bahagikan 12 bulan, so aku dapat purata bulanan rm 427.00 sebagai tambahan untuk byr instalment kereta. So korg nampak tak ilustrasi yg aku buat ni.

Inilah dipanggil asas pelaburan. Kita boleh gunakan peluang yg ada contohnya ODASB yg tgh laku mcm pisang goreng. Kita wat double investment. Buat loan RM60k park ASB. Buat ODASB. withdraw kesemua masuk ASB. automatiknya starting amount kita Rm 100k++. So imagine 1st year dividen dalam rm8000. Gunakan dividen tu byr loan korg. gaji korang tak jejas. Korang masih boleh saving dlm FD lgi bulan bulan.

So secara tidak langsung, korang mampu menjadi jutawan pada masa 20 tahun. so bila lagi nak tgk org melayu yg bijak kewangan tersenarai sebagai jutawan sekiranya kita tak mulakan langkah perangcangan dengan berkesan.

Selasa, 21 April 2009

Rahsia Mencapai Impian

Salam to all muslims,

Masuk hari ni aku dah jumpa mcm2 respons ttg ODASB ni. Ada yg nampak bagaimana proses ini berjalan. Tak kurang jugak masih mencari kebenaran. Anyway, its all your choice. You decide. So until today, aku yakin bahawa ODASB adalah 'kenderaan' anda yg paling selamat. (Sehingga kini masih belum ada cara selamat yg seumpamanya). Untuk yg nak mengetahui bagaimana nak buat, refer this link: www.bicarajutawan.com
atau pun nogold.com. 2 site ni dah explain berjela-jela. Rajin2kan membaca. (Ilmu ni pun malas nak belajar, alamat hidup masih meraba-raba lah).

Ok, kat sini aku berhujah ttg ODASB sbg vehicle yg selamat. Pertamanya, overdraft kita di cover oleh ASB. Track record ASB sejak tahun 1990 lg masih baik. Pulangan dalam lingkungan 7%. To be more critical evaluation, BLR never pass ASB percent until today. So, ibarat mcm interest free loan lah.

Secondly, you have no date due loan. Banyak juga individu tanya aku bila nak bayar balik OD tu. So aku pun respon, suka hati korang nak settlekan bila. Bayaran pun tak ditetapkan. Korang nak bayar RM1 pun boleh, nak bayar RM5k pun boleh. Tak akan ada notis tuntut suruh bayar. In other words, no ccris, no ctos. Still you have to practice good financial practice. Disiplin tu kan penting. belajar la nak maintain positive cash flow setiap bulan.

Thirdly, let say kita fully utilise untuk melabur di tempat2 yg menjana dividen yg baik, korg enjoy extra money at the end of year. Aku selalu lecture pd wife aku yg selama 5 tahun kita ikat perut, save duit byk2 dlm ASB. Dpt dividen pun reinvest semula. Selepas 5 tahun, kitorg akan harvest dividen pula. Ikut la nak angkat BMW ke, nak beli rumah harga RM 500K ke, nak melancong ke, semuanya pakai duit dividend. Selalu ingatkan diri kita, biar duit yg bekerja, bukan kita yg bekerja untuk duit. Kebahagiaan kita terletak kepada ketenangan minda kita.

Fourthly, never ever waste money. Aku bagi senario biasa kita hadapi. Awal bulan teringat nak byr keter, cucuk kat ATM dekat RM800. RM 700 utk instalment. Rm100 utk apa2 belanja terkejut (minyak, tol, makan etc etc). Kendian teringat nak byr rumah on 7th, Withdraw RM1100. RM 1000.00 untuk rumah, RM 100 utk belanja terkejut. Kendian, pengasuh anak pun nak duit, cucuk lebih sikit. Wife pun nak duit gak, cucuk lebih sikit. pastu belanja harian kita, cucuk lebih sikit. So korang faham tak senario ni. Korang selalu withdraw duit lebih sebab korang nak standby nak berbelanja. On the way korg nak sampai bank tu mcm2 kos incurred. Belum kira lg wife ajak makan kat luar everytime outing. Pastu, kita akan spend pd perkara yg tak berapa penting pun dlm life kita. So, bila kita dah pandai timing, kita issue cek, gi bank in, balik. amik cuti sehari nak ronda semua bank byr hutang. Better if byr pakai online. So korang dah pandai manage duit (timing is very important).

Fifthly, ODASB merupakan satu cara utk korang memaksimumkan pegangan org melayu dlm ekonomi. Lg byk nilai ASB korang, lg baik. Jinak2kan diri pegi kedai org islam. Mahal sikit pun ok, anggaplah kita dah bantu saudara kita untuk menjadi peniaga yg baik. kita harus ingat. Bila ekonomi org islam bergerak, kita mewujudkan lebih banyak peluang2 yang baik untuk org islam yg lain. Ini adalah kitaran ekonomi. Untuk menjelaskan dengan lebih baik aku explainkan. Let say kita ada RM10 dlm ASB. Fund manager pula akan melabur dalam syer syariah approve sahaja. syarikat yg syariah approve pula akan dpt dana utk kembangkan perniagaan mereka. kita pula kena aware syarikat2 yg syariah compliant. kita berbelanja disitu. So kitaran ini berterusan. Sebab itulah, korang kena byk membaca lagi. Baru korang tahu sebenarnya korang ni jenis penyumbang kepada siapa. Harap-harap jangan terjebak ddengan bisnes org yahudi zionis dah. diorang bunuh umat islam.

Itu sikit sebanyak benda yng boleh aku share kan. Kena ingat ini merupakan cabang ilmu. Korg yg manage duit korang. Rule aku mudah je nak simpan duit ASB ni. Dari RM 1.00 aku labur, tahun depan akan jadi RM1.08. Oleh itu, selamat beramal, renungrenungkan.