Sebenarnya dalam tempoh 8 bulan berkecimpung forex ni, aku byk study forum dan ebook. Boleh dikatakan dah macam-macam indicator aku sebat dlm forum, ada yang bagus, ada yang kurang bagus, ada sesuai dan ada tidak. Tak dinafikan mengkaji dan mencuba baik, tapi dikala aku dah konsisten trading byk trade aku hit stop loss dan menghancurkan akaun aku. Sedar tak sedar aku repeat semula proses mencari indicator lain dalam forum sehinggalah aku rasa usaha aku ni tak kesudahan sampai aku mati kot.
Persoalan aku selalu tanya, sistem mana yang terbaik dan apa yang aku dpt dari sistem trading orang lain. Bila kita tgk blog otai forex, kita terliur. Aku deposit duit sebab yakin aku dah dapat sistem yang ultimate tak mungkin aku dikalahkan. Kalah juga, kali ni aku betul-betul bingung. Rehat dari trading dekat 2 minggu n then aku terpanggil pula nak mengkaji style trading dari sifu.
Kaji punya kaji akhirnya dah dpt jawapan pasti. Sistem tak salah, yang silapnya ialah pemahaman tentang sifat sistem indicator yang kita pakai. Most of the time, bila market consolidated, aku akan budget price pergi arah berlawanan. Sifu aku kata tak semestinya. Kemudian dia tapis indicator apa yang suit untuk swing trade. Lepas pasang indikator yang bersesuaian, baru lah aku nampak kesilapan aku sebelum sebelum ini.
Sekarang dengan kefahaman sifat indikator aku pakai, aku dapat grow akaun aku 73% dalam masa 5 hari. Agak keterlaluan juga kerana target asal 10%. Tak apa, janji style trading dan minda tetap konsisten. Maknanya aku perlu melalui fasa yang panjang untuk mengatakan aku dah boleh generate income dari forex.
Ramai antara kawan aku yang berminat belajar kerana dengar dan lihat kawan lain berjaya generate duit dari forex. Tapi belum seorang pun yang cukup berminat untuk develop sistem untuk generate profit dari forex. Byk tangan menadah tapi tak banyak yang bertanya kenapa indikator yang dipakai kira lain dari apa yang dilihat. Penerangan kadangkala dipandang rendah, itu sebab ramai yang tak konfiden. Bukan salah indikator tu papar lain dari yang terjadi, Yang silap adalah setting untuk indikator tu kira dan behaviour indikator akan match dengan trading style.
Penerangan sifu aku cukup bagus. Kalau hanya fokus position trading, setting kena ubah supaya dipanjangkan sikit pengiraannya. Sebaliknya untuk scalping, setting kena cepatkan dan ada disiplin exit dengan pips yang specific. Sebagai trader yang bijak perlu analisis timeframe besar weekly, daily, 4 hour utk dptkan clue price action. Selebihnya dia akan attack pada timeframe kecil. Sifu aku buat cara begini dan disiplin exit dia juga agak ketat. once pips dah positif 5 hingga 10 pips terus lock profit 1 pips. Walaupun letih nak tunggu set-up yang lain, yang penting akaun dijaga dengan serius.
Aku selalu juga tanya tentang setting indikator pada otai-otai forum dan jawapan banyak kali tergantung. Ada baiknya bersemuka dan belajar sendiri dari otai kerana tak semua perkara dapat dijelaskan dengan sebaris ayat yang mudah.
faktor menang dalam trading agak subjektif. Seperti sifu aku, menang cepat memberi imej trading yang haru-biru manakala menang lambat memberi imej kurang peka perubahan. Yang sesuainya kena alert setiap perubahan. Most of the time, kita lambat sikit nak terima hakikat dalam forex ni gerakannya dalam bentuk cyclical. Yang naik mesti turun. Kalau kita study H4 pun dah boleh jerat 20 pips dengan senang. Money management kena disiplin lagi. Ambil tips ni, (free margin X 2%) bahagi 20 pips. Maknanya dari USD 50 kita boleh trade dengan size 5 sen sahaja. Tetapkan 5 sen setiap trade sehingga akhir bulan. Bila dah close akaun bulanan, adjust size ikut MM tadi. InsyaAllah money management macam ni boleh menenangkan hati apabila floating berpuluh batu pun. janji kena follow trend lah.
Seperkara lagi yang aku boleh kongsikan, trading tak pakai stop loss ni memang goyang. Tapi trading tak pakai stop loss ni yang beri konfiden lebih. Mentaliti kita kuat. Even ada 20 pos yang floating berpuluh-puluh pips pun kita tetap tenang. Tapi kena ada pemahaman arah dalam timeframe besar.
Pengalaman aku tak seberapa ni dlm chart analysis, if ada noise/spike/whipsaw atau apa saja istilah orang, trend akan follow juga direction dalam time frame besar. dan whipsaw timeframe kecil ni biasanya purata bergerak 100 - 200 pips, tak lebih. pair GU la, EU, whipsaw dia lagi hebat 100-300 pips. kalau akaun ciput, saiz besar better letak stop loss setiap trading.
Sampai berjumpa lagi.
betul tu,saya juga mengunakan indicator Forex yang senang faham dan biasa digunakan dan yang betul betul kita mahir mengunakan.
BalasPadam