Ini adalah ilmu yg aku dpt huraikan sedikit dari perbincangan dengan sifu dan pembacaan. Tak kira trader jenis apa pun, kita harus tahu basic TF utama sebagai rujukan. Timeframe yang kuat adalah Daily dan H4. Kita lebihkan tumpuan kepada 2 timeframe ini. Hormati gerakan pada daily. H4 sebagai current trend.
Teknik scalping pula hanya dilakukan setelah kita pasti arah Daily dan H4. Kemudian H1 sebagai confirmation. Buka M15 utk elakkan entry floating berjam-jam. Buka M5 utk cari peluang entry.
Teknik exit juga bergantung kepada jenis trading yang kita suka. Kalau berpegang kepada daily dan H4, exit selepas trend dah nak habis. Exit bagi scalpers pula biasanya amalkan teknik t/p yang kecil. Contohnya 10 hingga 30 pips. Set target reentry selepas pasti H1 masih kekal trend.
Teknik tabur entry juga menarik. Biasa aku buat, aku entry tak lebih 4 kali pada jangkamasa tertentu. Contohnya pagi aku OP. Tghr aku OP. Lewat petang OP. Malam OP. Teknik ni memerlukan money management lebih rendah dari 2%. Aku pernah tengok Jero OP dekat 30 pos. Tapi hanya satu direction. Senang nak elakkan OP yang SL.
Stop loss diletakkan ikut pemahaman terhadap pair kita suka. Jangan ambil risiko OP kerana malas nak refer any TF. Teknik ni mengundang mismanagement account yang teruk. Set target revenue sebolehnya 10%, tak capai tak apa. Janji kita trading dgn happy.
seyes tak paham apa2
BalasPadam