Isnin, 26 Oktober 2009

Lama Aku Menuntut Ilmu Analisis Chart

Aku ada seorang protege memorex ni. Opismate pun... Aku ajar dia semua yang aku tahu, kira semua yang aku ajar itu adalah kefahaman aku. Setakat ni boleh faham dan buat seperti diajar. Aku tumpang seronok bila seronok. Tapi time duit dia dah melebur, aku pulak jadi suspen. Aku ke yang silap ajar dia. rasanya ilmu aku straight forward.

Aku hanya berpandukan Gann HiLo Activator. Setiap timeframe Gann bertindak balas dengan nyata. Tapi berdasarkan pemerhatian aku dengan setting aku, Gann aku efektif pada timeframe D1 dan H1 untuk early entry. Aku tak mengabaikan timeframe lain. Semua aku kaji untuk mengambilkira risiko yang besar jika tersalah position. M15 untuk perfect setup aku sebenarnya dengan mengambilkira H1.

Berdasarkan pemahaman aku pada 5 indicator lain macam fisher, THV, QQE dan kadang2 aku refer indicator rantai trader wawasan, aku rela x trading berhari2 kerana aku masih x jumpa logik antara satu sama lain. Contohnya begini, fisher H4 naik dari paras bawah, price naik sikit (macam slow market je candle tu), Gann bawah candle (perfect indi utk bullish) THV trix bullish, tapi 1 indi je aku tengok tak sepatutnya, QQE bearish. So bila aku jumpa setting mcm ni aku faham la better stay away market if sayang duit nak floating beribu batu. Kadang2 QQE dah bullish, tapi semua indicator tu tunggang terbalik signal, bearish, bullish, aku choose side QQE untuk position. Tapi semua timeframe tengok juga nak entry. biasakan tengok D1,H4,H1 dan M15. M5 kalau nak scalping cantik la.

So, trading ni adalah satu seni charting future direction sebenarnya. Kita bukan jadi God of Gambler, tapi kita analisis carta lepas untuk perjalanan ke hadapan. Bukannya kita base kepada prediction. Kita basekan normal market. Kalau begini chart, price akan jadi begini atau begitu. simple je.

So kalau ada insan yang baca blog aku ni masih terkontang kanting nak trade forex. Better mahirkan baca carta, baca je apa yang ada kat dalam internet. kaji selidik sikit ilmu yang dapat. bahaya jugak kalau baca je dah faham. indicator ni bergantung kepada market. dia akan memplotkan situasi yang berbeza-beza. bila dah ada otai bagi pandangan, cuba fahami sendiri. bila kita dah nampak tabiat currency kita trade, kita dah boleh trade dengan keuntungan.

Selamat bertrading, jgn lupa zakatkan pendapatan... duit tu bukan semua hak kita.

Rabu, 14 Oktober 2009

Strategi Makan Tuan

Hari ni aku berjaya meng MC kan akaun trading aku dgn sadis. Semuanya kerana aku bersifat mendengar dan mengikut sedangkan dengan mata kepala sendiri dah nampak trend bullish. Pengajaran yang paling bermakna untuk aku. Sebenarnya aku boleh elakkan MC terjadi. Cuma aku cuba untuk percaya kata orang lain bahawa market bearish long term. MM aku pun dah salah. Aku double size kebiasaan aku dan still entry berkali-kali dengan bearish hope. Sebenarnya aku cuba untuk letak dan tinggal. Esok baru buka tengok. Memang betul kata sifu aku. TAYOR. Tapi kali ni aku sudah percayakan analisis aku sudah boleh membantu cara aku trading. Anyway, ini pengajaran yang cukup bermakna.

Selasa, 13 Oktober 2009

Cara trading Mizee (Sifu 1st aku)

salam.. nama saya mizee, newbie FTT dr kota damansara. saya jarang kat sini tp rajin kt my own forum. would like to contribute to fxmalay mmbers.
this is one of my methods which has produce hundreds of pips for me so far. average pips a week :1000 to 2000 pips.
untuk saya, drpd kita focus on satu pair jek, better kita tapau semua pair yg going on same direction at any point of time.
kenapa?

sebab, bila kita trade, we are selling and buying currencies. we are not selling & buying PAIR. kita beli usd, kita jual eur..
bila kita tengok satu dunia is selling USD, kita follow la sell sama. maknaye, we are buying other currencies to let go USD. look at the bigger picture. not only one pair. ni advantage kpd yg trade GJ EJ ang GU. depa ni pacemaker.

imagine forex ni macam sale vincci, padini, seed etc yg sama kompeni. bila dorg buat jualan murah, sume kedai buat potongan harga.. hehhe.


[IMG]img31.imageshack.us/img31/6622/kudalive12august2009.gif[/IMG]

utilizing currency corelation and strength analysis.
super naked trading. tak payah tengok chart.

so far very profitable. Alhamdulillah.

i will slowly reveal the method here. tapi step by step.. please continue reading..

mohon maaf dahulu, kat sini saya takkan ajar macamna nak install script, lukis trendline, fibo exp,fibo retracement, channel etc.
saya tak akan bagi spoonfeed material. As a trader kena belajar utk research the root of forex before sumbat beratus indi dalam MT4 folder.
but I'll guide you how to use the system once you have it in place.

Bismillah..


the basic here is the currency strength corelation (no 1)..
impeccable hedging (no 2)
the method is devided into 2 parts:
1: Dominant Curency trade - credit to babufx
single layer or multi layered.
memerlukan analisis pada satu chart shj. trade multi-pair.
2: Pukal - tapau semua yg mana sama trend. (credit to trader101 & SECRET SUCCESS MGMNT SERVICES) . tidak memerlukan chart. cuma price and statistical data daripada DDE. the real data yang buat candle stick tu. sesapa yg selalu pakai indi susah nak terima method ni. candle pon indi tuh. kita tgk price.

saya dah menggunakan method no 1 sejak setahun lepas. method no 2 baru 3 bulan. dua dua nye boleh buat pips hijau dengan banyak nye. Alhamdulillah. bagi saya la sebab sesuai kot. (tak suka indikator)

both system memerlukan script utk bukak and open post. attached ade sample script. please edit. boleh baca kat metaquotes ade tutorial dia. senang jek.. hehehe

mula2 kita fokus kat no 1 dulu. no 2 tu byk details dia. let's look at the simple one first.

PART 1:
totally naked with SnR, range & currency strength meter. tersangat mudah dan tersangat simple, yang penting method ni boleh bagi consistent profit once dah cukup praktise.
tak payah kira wave, tak payah tunggu divergence, tak payah tunggu woodie out of range, wiseman1 wiseman2, dan macam2 lagi.
bukan nak cakap method ni better dari method lain, tapi ianya sesuai untuk dia saya yang nak cepat, nak jelas and nak simple.

i came out with this method selepas bosan dengan semua lagging indi.so, dgn adenye S&R, it is somewhat jadi predictive sebab the element of "self fullfilling prophecy"

First sekali, saya nak cerita pasal self fullfilling prophecy. pikir kan contoh seperti ni.
kita ada target nak achieve, and satu team in our workplace is thinking and going for thesame target. what happen here is, disebabkan common goal, the target is acheived.

same thing goes to Market analysis tools. contoh nye, jika kita menggunakan MT4 tools. you go to the higher TF. draw one obvious line yg akan jadi S&R. most likely, other people in this world are drawing the same line too.

so, self fulliling prophecy kick in, dimana, trader akan ada satu perception yg akan influence judgement mereka berdasarkan "line" yang mereka lukis tu.
dgn itu, mereka akan trade according to what they perceived.

katakan dorang lukis channel kat D1 TF. apabila candle menghampiri lower of upper limit of the channel, dorg akan take profit, cut loss, atau OP. dengan harapan apa yg mereka buat analisis tu adalah betul. ianya akan jadik betul setelah majority of traders including big players are drawing the same channel and having the same perception.

dgn perception inilah, saya filter movement mini trend dengan menggunakan currency strength meter. calculated based on range and ratio of 28 pairs of currency. kenapa kena buat benda ni?

CONCEPT:
contoh. jika kita tengok EURUSD meningkat daripada 1.4000 kepada 1.4400.
adakah ianya disebabkan USD weakening against EUR? ataupon, USD neutral and EUR yg makin kuat?
kenapa satu2 currency tu jadi kuat atau lemah?
bila ramai org dok jual currency tu, dia jadi lemah, bila ramai org dok beli currency tu, jadilah dia kuat. kalau depa jual usd, depa kena beli currency lain, betul?
so, pair movement is interrelated berdasarkan range pair tersebut.
so kita boleh kira. and bagi score dari 0 kepada 9.seperti berikut.

0.0 - 3.0 weak
3.1 - 6.0 neutral
6.1 - 9.0 strong

after kita kira relative strength semua currency tersebut, kita boleh tahu siapakah yang tgah hangat dibeli/dijual at one particular time. mini trend ye.

contoh macam ni saya bagi kat bawah:
currency strength
USD 8.5
GBP 2.5
EUR 1.0
JPY 7.6
NZD 5.0
CHF 3.0
AUD 6.0
CAD 1.5

apa kesimpulan yang kita boleh buat?
USD & YEN are strong. menunjukan market tertumpu beli these currencies.
so kita sebagai trader kecilan, kita follow je lah apa depa buat.
meaning that, kita boleh:

SELL GBPUSD, EURUSD, NZDUSD, AUDUSD,
BUY USDCAD. USDCHF.
SELL GBPJPY, EURJPY, CHFJPY, AUDJPY, NZDJPY, CADJPY.

imagine, each pair gives you 10 pips. you trade semua pair ni. berapa dapat?
12 pair darab 10. = 120 pips.

10 pips in my experience, tersangat mudah jika ada extreme condition. maksudnye, strength dia melebihi 7 lawan strength yang kurang dari 3.

untuk NZD, CAD, AUD, CHF.... eventhough dorg ni very weak or very strong, momentum dorg short lived, pendek je.sbb less demand compared tu usd, gbp, jpy and eur. so, jgn terpedaya. just follow the yen

EXECUTION
saya guna TF15.
PAIR:
EURJPY
GBPJPY
GBPUSD
GBPCHF
CADJPY

biasanye, bila any of these pair breakout, we shall see others will follow the same pattern.
contoh:

Meter Reading utk JPY adalah 1.

dekat chart, GBYJPY break resistance. Break bermakna, new candle at TF15 completed and formed above the resistance line. utk setup ni, saya double check daily range. kalau masih within range, saya akan BUY: EURJPY, GBYJPY, CADJPY, NZDJPY, CHFJPY, USDJPY.

how to check range, senang je. dekat chart, tekan F8, common Tab, check Period Separator. then boleh masuk TF H1, measure pakai crosshair dari paling hi kepada paling low in between dotted horizontal line. see attachment.

Money Management

MM masih sama. general rules apply.
untuk scalping: total 10% of your equity. contoh. jika anda OP 7 pair. modal adalah usd1000. leverage 1:500.
kita leh guna margin 100usd. bermakna 100*(leverage) = 50,000. so, leh trade 5 mini lot total. kira le bahagi 7.

untuk intra day. OP pagi japan market. yg ni kita buat layer by layer.
open post 2% of total equity. example, when the pip naik jadik 100 camtuh, add satu lagi layer.


kelebihan.
1. scalping multiple currencies. tak payah stick to one pair only.
2. jelas dan nyata mini trend yang ditunjukkan.
3. bagi saya, confidence level tinggi sebab kita follow apa org ramai2 buat.

kekurangan
1. kita kena buat complete set of S&R semua currency pairs.
2. kena tahu average range each currency tersebut.
3. kadang2, bila strength tunjuk extreme condition, we are already too late. trend is over, disebabkan market hit major S&R

Best time to OP
setiap session open.. ada sahabat kita bagi tools somewhere.

Or lepas news whipsaws tu abih.. follow the trend.

Or, at the point of strong weekly S n R, di mana kita bleh expect dia akan bounce. expecially kalau candle baru first time jejak kaki ke situ. ini kira counter trend. agak merbahaya. tapi kalau weekly psychological S&R tu kuat, insyaAllah bounce. kalau dah 2-3 kali price dok ketuk2 S/R tuh, jaga2 sikit. kot kot tembus.

img194.imageshack.us/img194/4532/gbpusdentrycndleexample.gif

SnR tu adalah Zone. bukan sebatang line jek. kalau tak betul2 lepas, nnt dia patah balik.
make sure, score pada masa nak OP tu, lebih "4" beza antara dua currency tu. macam td ni, GBP 1, USD 5+. kira cukup kuat utk tarik gbp kebawah selepas break support.

example Setup & Result. LIVE account.
img10.imageshack.us/img10/319/currencymeterresult.png


dload semua tools and template SnR.
ebook here


any question pls post here. YM me at akugagah baca betul2 ye dulu before asking question

Metatrader Hotkeys

There are many other useful hotkeys. Here is a comprehensive list:

Left arrow — scroll chart to the left;
Right arrow — scroll chart to the right;
Up arrow — quickly scroll chart to the left or (if the scale is defined), scroll chart upwards;
Down arrow — quickly scroll chart to the right or (if the scale is defined), scroll chart downwards;

Numpad 5 — restores chart vertical scale to its original default. If the scale was defined, this returns the chart back to its visible range;

Page Up — scroll a whole screen to the left;
Page Down — scroll a whole screen to the left;
Home — move the chart to the start point (first bar);
End — move the chart to the end point (last, i.e. most current) bar;
"—" — zoom out (there are 6 levels of zoom available);
"+" — zoom in;

Delete — delete all selected objects;
Backspace — delete most recently added objects, on a last-added-first-removed basis;
Enter — open/close the fast navigation window;
Esc — close any dialog window;

F1 — open the on line help "Userguide";
F2 — open the "History Center" window;
F3 — open the "Global Variables" window;
F4 — open MetaEditor;
F5 — switch to the next profile;
Shift+F5 — switch to the previous profile;
F6 — call the "Tester" dialog window for testing the expert attached to the chart window;
F7 — call the properties dialog window of the expert attached to their chart window, in order to change its settings;
F8 — call the chart setup dialog window, allowing basic chart parameters, colors, etc to be changed;
F9 — call the "New Order" window, allowing the entry of market, limit, stop orders;
F10 — open the "Popup prices" window;
F11 — enable/disable full screen mode;
F12 — scroll the chart one bar to the left;
Shift+F12 — scroll the chart one bar to the right;

Alt+1 — display the chart as OHLC bars;
Alt+2 — display the chart as OHLC candlesticks;
Alt+3 — display the chart as a line (closing prices only);

Alt+A — copy all test/optimization results onto the clipboard;
Alt+W — call the chart management window;
Alt+F4 — exit the program;

Ctrl+A — arrange all indicator window heights by default;
Ctrl+B — call the "Objects List" dialog window;
Ctrl+C or Ctrl+Insert — copy selected item to the clipboard;
Ctrl+D — open/close the "Data Window";
Ctrl+E — enable/disable the attached expert advisor;
Ctrl+F — switch to "Crosshair" mode;
Ctrl+G — show/hide the vertical/horizontal grid;
Ctrl+H — show/hide the OHLC line;
Ctrl+I — call the "Indicators List" dialog window;
Ctrl+L — show/hide volume data on the main chart;
Ctrl+M — open/close the "Market Watch" window;
Ctrl+N — open/close the "Navigator" window;
Ctrl+O — open the "Setup" window;
Ctrl+P — print the chart;
Ctrl+R — open/close the "Tester" window;
Ctrl+S — save the chart prices (OHLCV) in a file having extensions: "CSV", "PRN" or "HTM";
Ctrl+T — open/close the "Terminal" window;
Ctrl+W or Ctrl+F4 — close the chart window that's currently in focus;
Ctrl+Y— show/hide date (period) separators;
Ctrl+Z or Alt+Backspace — undo object deletions in the reverse order they occurred;

Ctrl+F6 — switch to the next chart window;
Ctrl+F9 — open the "Terminal — Trade" window and switch the focus into it, allowing trading operations to be entered via the keyboard.

Sedikit idea mengenai jenis trading

forex adalah pasaran dua hala. Anda boleh mendapat keuntungan samada harga naik atau turun.

i) Membeli ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi.

Buy Low : Sell High (Bullish Market)

ii) Menjual ketika harga tinggi dan membelinya ketika harga rendah.

Sell High : Buy Low (Bearish market)


Nota: Teknik ini sebenarnya bergantung kepada major trend juga Weekly, Daily dan H4. H1 sebagai entry pun cukup bagus. Caranya kita tunggu stochastic turun sampai low area 20% ke bawah(Bullish market). Apabila stochastic dah bersilang dan keluar dari area 20% entry secepat mungkin. Exit apabila stochastic dah bersilang semula.

Beza Forex dan Skim Pelaburan Internet

Forex ada 2 jenis, buat sendiri dan amanah pada orang lain buatkan.

Jenis Buat Sendiri
Biasanya orang mcm ni agak tajam analisa dan pengetahuan. Risk taker dan trend follower. Jarang orang macam ni jadi gambler melainkan dia dah tak tahu nak decide, dia main belasah. Untung atau rugi dia sendiri rasa.

Jenis Orang Lain Buatkan
Part ni pelabur amanahkan orang lain buatkan. Samada rela atau terpaksa ikut syarat pelaburan/kontrak yang dia buat. Less risky, less profit. Biasanya modus operandi, sain dan tinggal, bulan-bulan dapat dividen. Scammers suka cara ni, pelabur kurang bijak. Senang ditipu. Biasanya syarikat/individu akan tutup operasi bila ada risiko kewangan besar yang ditanggung dan akan melindungi tuntutan kewangan dengan undang-undang. Kena ingat, undang-undang kita masih longgar dan senang dimanipulasi. (Alasan, pelabur dah sain kontrak liabiliti)

Skim Internet
Ingat dulu ada Swisscash, labur dan bulan-bulan boleh dapat 100% dividen. Sebenarnya, diorang nak duit supaya boleh trade forex. Setakat 100% dijanjikan bukan susah. Aku pun boleh buat return 300% trading forex dengan syarat aku masuk trend awal dan tarah market kaw-kaw ikut trend. Pelabur skim internet ni lagi senang ditipu sebab diorang tiada fizikal address. Ini aku recommend, jgn terlibat. Sekali masuk, sedekah je duit.

Hukum Pelaburan Forex

Dipetik dari blog muslimkaya.blogspot.com

Assalamualaikum wbt.

MuslimKaya.blogspot.com kembali lagi dengan artikel terbaru berkenaan Hukum FOREX iaitu Foreign Exchange (Tukaran Matawang Asing).

Ramai di antara kita yang pernah mendengar daripada kawan2, atau sahabat2 mengenai keuntungan mudah yang boleh diperolehi melalui FOREX. Tetapi tidak pernahkan sahabat-sahabat semua terfikir akan hukum FOREX di sisi Islam.

Memang masyuk bila tengok duit masuk melimpah ruah dalam akaun kita, tapi sahabat-sahabat semua kena ingat, duit itu nanti akan dipersoalkan di akhirat kelak dari mana asal-usulnya dan adakah halal atau haram. Ingat, duit yang haram apabila kita gunakan atau makan maka akan menjadi darah daging kita dan setiap daging yang haram dalam tubuh badan kita akan dibakar oleh api neraka. Oleh itu tidak rugi kalau kita meluangkan sedikit masa kita untuk mengkaji sesuatu pelaburan itu samada halal atau haram, kerana ini akan menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. :) Jadi apakah dia hukum FOREX? Adakah urusniaga FOREX halal atau haram? InsyaAllah di bawah ini ada jawapannya.

Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan kita untuk mengkaji persoalan kewangan Islam pada hari ini, kerana telah ramai ustaz-ustaz yang pakar dalam kedua-dua bidang iaitu kewangan dan juga ilmu Syariah Islam. Di bawah ini adalah sebuah artikel berkenaan dengan Hukum FOREX hasil karangan Ust. Zaharudin yang juga bertugas sebagai Panel Syariah RHB Bank. Semoga kita dapat melapangkan dada kita dan cuba untuk menghadamkan setiap penilaian hukum halal dan haram FOREX dari segi syarak. :)

Wallahualam. Wassalam.

Hukum Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund : Pandangan Shariah

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Web Site : www.zaharuddin.com

Email : zaharuddin@yahoo.com

Yahoogroup : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/



Terlalu ramai yang menghantar pesanan ringkas ‘sms’, email, telefon dan bertanya kepada saya berkenaan Pelaburan Swiss Mutual Fund atau swiss cash atau yang sepertinya, sehingga memaksa saya memperuntukan sedikit waktu saya bagi menulis jawapan ringkas ini. Saya sedar sebenarnya amat sukar bagi meringkas jawapan kerana setiap penerangan hanya akan mampu difahami sekiranya si pembaca mempunyai asas Shariah dan instrument kewangan moden yang memuaskan.



Saya telah menyemak investment plan bagi pelaburan Swiss mutual Fund dan mendapati bahawa ia adalah sebuah pelaburan beroreintasikan system konvensional dan Riba yang terlarang. Ia amat nyata apabila tiada satu pun maklumat di dalam web tersebut yang memberitahu bahawa pelaburannya ditadbir urus menurut kehendak Shariah, tiada juga disebut nama-nama penasihat Shariah.



Sebagaimana diketahui oleh korporat dan umum; Syarikat, Badan pelaburan dan pengurus kewangan di Barat sentiasa bersifat professional dalam iklannya bagi menonjolkan apa jua jenis dan kelebihan yang ada pada mereka. Justeru, jika mereka mengurus secara Islam, sudah pasti mereka akan menghebahkan dengan jelas bahawa mereka adalah sebuah syarikat pelaburan yang menurut prinsip-prinsip Shariah, di samping itu, suatu kemestian bagi sesebuah syarikat pelaburan untuk menyiarkan nama-nama panel penasihat Shariahnya bagi menarik keyakinan orang ramai. Bagaimanapun, jika di lihat di dalam web pelaburan swiss ini, tiada satu pun yang menonjolkan imej ini, malah apa yang saya perolehi menunjukkan ia amat bertentangan dengan ciri-ciri pelaburan Islam samada dari sudut penggunaan ‘terminologi’ pelaburannya, mahupun bentuk cara ia menjana keuntungan.



Lebih jelas dari itu, jika pembaca meninjau kepada ruangan “Frequently Asked Questions” (FAQ) yang terdapat di dalam web mereka juga tiada satu perkataan dan soalan pun yang berkaitan tentang keislaman produk mereka ini. Semua ini, tanpa perlu mengkaji dengan lebih dalam pun sudah mampu diketahui akan tidak menepati Shariahnya pelaburan mereka ini.



Adapun, jika pembaca inginkan penjelasan lebih terperinci akan cara yang digunakan oleh pelaburan Swiss, saya kira ia amat jelas. Sebagai sebuah syarikat pelaburan berasaskan konvensional dan riba yang sentiasa mempromosi keuntungan yang luar biasa sebagai satu-satunya alat penarik. Pelaburan yang dilakukan pastinya menggunakan instrumen-intstrumen yang terlibat dengan riba, gharar dan perjudian, tanpa sebarang pertimbangan. Antara instrumen yang digunakan adalah (ia terkandung samada tersirat dan tersurat di dalam ‘investment plan’ nya yang di paparkan di halaman webnya iaitu http://www.swisscash.biz/Web/sff_sip.aspx ) sebagaimana berikut :-



a) Hedging (Lindung Risiko Perubahan Nilai matawang): Ia biasanya digunakan oleh industri import eksport yang melibatkan penggunaan matawang yang berbeza. Ia digunakan bagi memastikan perubahan nilai matawang tidak memberi kesan amat buruk kepada pembeli jika nilai yang yang dguna (cth ringgit) jatuh teruk. Yang mana jika ini berlaku, pihak pembeli terpaksa menanggung kos berkali ganda. Justeru, salah satu cara yang biasa digunakan adalah ‘hedging’. Instrument ‘hedging’ ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan keuntungan dalam perdagangan spekulasi matawang. Menurut Fatwa oleh ulama Shariah antarabangsa, ‘hedging’ hanya dibenarkan bagi tujuan pertama di atas (iaitu untuk melindungi penjual dan pembelian asset sebenar dari risiko perubahan nilai matawang sahaja).

Ia adalah salah satu resolusi Persidangan Kewangan & Perbankan Islam Al-Barakah bernombor 6/27 dari persidangannya yang keenam tarikh 2-6 Mac 1990 bertempat di Algeria. Adalah amat jelas, ‘hedging’ merupakan salah satu instrument yang diguna oleh pelaburan swiss ini bagi mendapatkan keuntungan. Secara terang-terang boleh kita simpulkan, pelaburan ini pasti akan terlibat dengan elemen perjudian, spekulasi berlebihan yang bersifat judi serta tidak menurut bentuk yang diterima oleh Shariah, iaitu hanya untuk tujuan menghalang risiko dan bukannya mencari keuntungan.



b) Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.


Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

>> Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :’



الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai” ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .



Untuk makluman : FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh konvensional tidak menjaga syarat ini maka ini menjadi Riba Nasiah. Ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX’ atau Forex yang menggunakan ‘Value forward’ ( nilai masa hadapan) yang mempunyai tergolong dalam Riba Nasiah. Forex yang menggunakan nilai ‘Forward’ ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang lebih berbanding spot dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.



>> Mestilah terdapat serah terima atau disebut “qabadh” dalam Islam secara benar “hakiki” atau “hukmi” pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Untuk makluman : FOREX yang diuruskan oleh konvensional juga tidak menjaga syarat ini lalu ia batal dan termasuk dalam bab menjual sesuatu sebelum memilikinya yang di haramkan oleh Nabi SAW.



>> Selain itu, FOREX juga amat terdedah kepada unsur spekulasi berlebihan yang boleh menyebabkan ia termasuk dalam katergori perjudian. Walaubagaimanapun, tidak di nafikan unsur ini agak sukar untuk di tetapkan kadarnya.



Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Bank-bank Islam juga ada yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, kebanyakan mereka melakukan FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward’ ; apa yang pasti, sudah tentu majlis Shariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja. Berkenaan pelaburan swiss yang diuruskan oleh badan Konvensional, maka sudah tentu ia tidak meletakkan sebarang perhatian kepada syarat-syarat yang di tentukan Shariah.



Pemain-pemain forex kelihatan bersungguh cuba mempertahankan keharusannya, pelbagai fatwa di momokkan kepada saya, fatwa dari Jabatan Mufti Perak, fatwa seorang penasihat Shariah sebuah bank Islam dan lain-lain. Hakikatnya, semua fatwa keharusan adalah tertakluk kepada syarat di atas dan bukannya secara mutlak. Secara mudah, bagi saya anda perlu memastikan siapa yang menguruskan transaksi ‘permainan’ forex anda, adakah sebuah institusi kewangan Islam atau konvensional?; Jika institusi kewangan Islam, penasihat Shariah akan menanggung tanggungjawab, justeru, ia adalah harus bagi orang awam selagi penasihat Shariah ini mengatakannya harus.



Bagaimanapun dalam hal pelaburan Swiss yang menggunakan FOREX sebagai instrumennya ini, ia sudah ternyata sebagai sebuah institusi kewangan konvensional dan kapitalis. Sesebuah institusi kewangan konvensional sudah pasti akan menggunakan instrument forex tanpa sebarang ikatan syarat yang ditetapkan Shariah di atas. Tanpa syarat itu, transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah’ yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi



c) SWAP : Ia adalah satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak bagi pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset material atau kadar faedah. Dalam beberapa kes jualan komoditi atau jualan matawang secara tangguh, ia dibuat tanpa sebarang pertukaran sebenar. (AAOIFI Shariah Standard, hlm 358)



Hukumnya menurut Fatwa kumpulan Ulama Fiqh Antarabngsa yang pakar dalam hal kewangan Islam : Haram kerana contractnya melibatkan pertukaran matawang secara bertangguh, ia adalah riba nasiah. Di sebutkan di dalam keputusan Penasihat Shariah AAOIFI :- “ SWAPS are not permitted in the forms in which they are practiced in commodity exchange” ( AAOIFI Shariah Standard, hlm 358 )



d) Options : takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajiban) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang dipersetujui ( samada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan hutang) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak. ) (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).



Saya tahu takrifnya memeningkan pembaca, tetapi ia memang sukar untuk diterangkan menggunakan ayat-ayat ringkas tanpa contoh panjang lebar. Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan kerana ia bercanggah dengan beberapa konsep dan panduan Shariah iaitu :-



>> Menjual sesuatu sebelum memilikinya secara benar. Ia diharamkan berdasarkan hadis : "Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandung penipuan". (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

>> Unsur ‘Gharar Fahish’ (ketidak tentuan) dan perjudian yang besar. Ia timbul kerana si pembeli berhasrat untuk membeli sesuatu asset pada satu harga ditetapkan cth RM 100, dengan ramalan bahawa harga asset itu akan naik pada masa hadapan kepada RM 200. Untuk itu, si pembeli akan membyaar bayaran pendahuluan RM 10, tetapi si pembeli mempunyai hak untuk membatalkan pembeliannya jika didapati bahawa harga ramalannya tidak tercapai.

>> Ia juga terlibat dalam jual beli pada masa hadapan (forward) yang tidak sah menurut syara'.

>> Ia adalah Riba, jika item yang dijual beli adalah hutang dan matawang.

>> Ia juga bertentangan dengan syarat serah terima atau disebut “qabadh” dalam Islam secara benar “hakiki” atau “hukmi” pada waktu yang sama. Tatkala itu aqad menjadi batal ( Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).



Hukum Options di sebutkan oleh majlis Penasihat Shariah AAOIFI “ Options are not permitted neither with respect to their formation not trading” ( Shariah Standard, hlm 357)



e) Futures ; Menurut The encyclopedia of Britanicca, futures adalah :- “ Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan satu asset dalam satu kuantiti yang khusus dan pada tarikh akan datang yang khusus” ( Britannica Encyclopedia, 1988, 5/65)



Ia dibenarkan oleh Shariah dengan syarat kontrak komersial yang dibuat itu hanya janji dari satu belah pihak “unilateral promise from one side”. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak itu tidak sah menurut Shariah kerana :-


Ia dianggap aqad / kontrak jual beli pada masa akan datang. Untuk pengetahuan pembaca, Islam tidak membenarkan aqad jual beli di meterai hari ini bagi transaksi pada masa akan datang; ia tidak sah menurut Shariah. Ia menjadi semakin ketara tidak sah apabila kedua-dua pihak tidak menyerahkan apa-apa, samada asset ataupun bayarannya. ( ‘Aqd al-Bai’, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, hlm 36)
Ianya tidak boleh sama sekali dilakukan antara matawang kerana ia akan menjadi Riba an-Nasiah (riba sebab bertangguh serah-terima). Tetapi inilah salah satu cara yang terbaik bagi pihak konvensional bagi mendapatkan untung.
Ia akan tergolong dalam jualan hutang dengan hutang “ Bai’ ad-Dayn bi ad-Dayn” yang di haramkan oleh Nabi SAW kerana faktor ‘gharar’ atau ketidak tentuan yang amat tinggi. ٍ Sebuah hadith yang lemah menyebut : “ Nabi SAW melarang dari menjual secara hutang dengan hutang” (Riwayat Ad-Dar Qutni, al-Hakim dan Al-Hakim mengatakannya sohih menurut syarat Bukhari dan Muslim). Bagaimanapun menurut Syeikh Prof Dr Muhydin Qurra Ali Dhaghi, pengharaman jual beli hutang dengan hutang adalah diharamkan melalui dalil Ijma’. (Dalil ijma; ini boleh dirujuk di dalam Naylul Awtar 5/177). Pengharamannya juga telah di putuskan di dalam resolusi persidangan ke-16, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada 5-10 /1/2002.


Apabila transaksi ‘futures’ ini dilakukan oleh sebuah Institusi Kewangan Konvensional, sudah tentu ia tidak akan menjaga displin Islam di atas, kerana itu ianya di haramkan. Malah unsur perjudian dan ketidaktentuan juga amat tinggi. Seorang ilmuan Shariah menulis :-



“ Considering the case of the basic exchange contracts, it may be noted that the third type of contract where settlement by both the parties is deferred to a future date is forbidden, according to a large majority of jurists on grounds of excessive gharar. Futures and forwards in currencies are examples of such contracts under which two parties become obliged to exchange currencies of two different countries at a known rate at the end of a known time period. For example, individuals A and B commit to exchange US dollars and Indian rupees at the rate of 1: 22 after one month. If the amount involved is $50 and A is the buyer of dollars then, the obligations of A and B are to make a payments of Rs1100 and $50 respectively at the end of one month. The contract is settled when both the parties honour their obligations on the future date.


Traditionally, an overwhelming majority of Sharia scholars have disapproved such contracts on several grounds. The prohibition applies to all such contracts where the obligations of both parties are deferred to a future date, including contracts involving exchange of currencies. “



Keputusan Majlis Penasihat Shariah dunia bagi AAOIFI menyebut dalam fatwanya : “Futures is not permitted according to the Shariah to undertakes futures contracts either through their formation or trading” (Shariah Standard, hlm 356)



f) Guaranteed Capital (jaminan wang modal tidak lupus) : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada’ as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;



Bagaimanapun pelaburan Swiss Mutual Fund ini sudah pasti lebih teruk lagi, kerana ia langsung tidak menggunakan kontrak pelaburan yang diurus menurut Shariah. Pastinya kontrak pelaburan seperti ini adalah batal menurut empat mazhab dan segala keuntungan yang diterima adalah tidak sah.



Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-

>> Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib’ ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

>> Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)

Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan swiss.



g) Guaranteed Fixed Return : Ia tidak ubah seperti ‘Fixed Deposit’ : Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %) dari jumlah pelaburan anda. Ia telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba. Kaedah Fiqh menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk)ertinya : “(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko” (Some Observations on the Question of RIBA and the Challenges Facing Islamic Banking, Ibrahim F I Shihata). Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.



Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram.



h) “Equity” dan “commodities”: pastinya apabila ia di urus secara konvensional, ia akan terlibat dengan unsur-unsur perjudian.



i) Companies / pelaburan dalam syarikat-syarikat kukuh dengan jual beli saham: Sebarang syarikat yang ingin diletakkan duit pelaburan sepatutnya disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh Panel Penasihat Shariah. Ia amat penting bagi menentukan samada syarikat itu menjalankan aktiviti yang menurut nilai Islam atau tidak. Apabila tiada sebarang panduan seperti Pelaburan Swiss ini, sudah tentu pelaburannya akan dibuat dalam apa jua syarikat, tidak kira yang terlibat dengan judi, arak, pelacuran dan lain-lain. Syarikat seperti ini sememangnya amat diminati kerana pulangannya lumyaan seperti genting di Malaysia. Bagi sebarang pelaburan di luar Negara, semua syarikat yang dilabur sepatutnya mesti disemak samada ia diluluskan oleh Dow Jones Islamic atau tidak. SIla rujuk web dow jones Islamic di http://www.investaaa.com/ atau http://www.djindexes.com/mdsidx/index.cfm?event=showHome




Kesimpulannya, AMAT SUKAR UNTUK SAYA menyokong keterlibatan Muslim dalam pelaburan jenis ini, tiada satu pun yang dibuat terbukti dan ditonjolkan diurus tadbir secara Islamik oleh Badan Pengurusan Pelaburan Swiss ini. Semuanya terlibat riba dan perjudian, maka semua untungnya samada riba atau tidak halal satu sen pun, walaupun pulangan lumayan beratus ratus peratus tetapi ia adalah haram , HARAM DAN HARAM...MANIS DI DUNIA, PAHIT DI BARZAKH DAN AKHIRAT.



Keputusan-keputusan di atas adalah menurut keputusan Majlis Penasihat Shariah oleh Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions atau OIC Interntional Fiqh Academy (Majma Fiqh Islami) yang dianggotai oleh ahli-ahli pakar Shariah sedunia.


Sekian

nota: demikian komen seorang sahabat kita. harap yang mana masih x pasti tentang pelaburan forex boleh jelas hukum-hakamnya. trade safe, be smart.

Isnin, 12 Oktober 2009

Financial Planning - Serius ke ni?

Hahaha...aku maksudkan diri aku. Aku boleh kata dah habis kobek semua blog, forum, web dan segala macam site cari info pasal financial controlling. Semuanya beri tips yang baik. Cuma aku je suka buat plan ikut kepala hotak aku. Aku terbaca juga ulasan orang lain, komen dalam forum, analisis tak rasmi aku pada orang lain, semuanya hanya satu perkara yang sama. Tabiat berbelanja sebenarnya.

Tak nafi bila dapat gaji/claim, dunia ni ana yang punya. Sapa tak mau nak pamper diri sendiri dgn segala hajat. Aku habiskan Rm 800 dalam sehari untuk aku dan isteri puaskan hati beli barang rumah. Nak cantikkan rumah lah katakan. Tak cukup dengan tu aku spent duit ke kereta sebab aku rasa kereta aku dah 4 tahun tak ada kasih sayang aku. RM 500 gak le untuk keperluan kereta.

Malam ni aku duduk dan muhasabah balik semuanya. Aku dapat kepuasan yang aku nak. Cuma perasaan takut dan risau datang balik. What if esok lusa aku perlukan cash emergency untuk itu dan ini. Ini yang aku maksudkan. Takut tak ada duit la pulak.

So aku harus kembali jadi haji bakhil. Aku rasa haji bakhil hidup mesti dia lagi bakhil pada zaman sekarang. Ekekekek. Semuanya mencabar. Tiap bulan keperluan rumah meningkat. Sara hidup sefamily dah tak cukup RM2K. Nak selesai hutang piutang pun belum pasti. Jawabnya, perancangan tinggal sejarah lah. Umur pun dah 30 tahun. Patut jugak ada penyesalan ni. Iktibar.

Aku tanya sifu, aku pulak yang confuse




Ini entry aku untuk minggu ni. Sebenarnya aku agak tak faham setting sifu aku. Dia kata downtrend kat D1 dan Weekly, aku nampak D1 Sebaliknya. Weekly mungkin boleh kata long term downtrend. Cuma agak masak jugak nak faham direction ni. Anyway, sifu aku kata kalau nak float long suka hati. Tapi semua masih downtrend. Ni yang aku pening, nak close pos atau wait until H4 touch william range -20. Aku pilih wait saja nak tutup pos disamping cari peluang entry short yang sesuai. Kena cari jawapan jugak dalam situasi divergence ni.

Khamis, 8 Oktober 2009

Alhamdulillah hit target profit

2 hari aku floating GU Long, hari 3 pos sukses T/P menjadikan account growth aku 110%. Actually aku buleh entry lagi tp kali ni aku mengambil sikap bila dah capai target 10%, aku rehat tenangkan fikiran. Banyak lagi hari boleh trading.

Aku kobek forum FXOpen. tertarik pulak ada yang promote EA transformer bercirikan Martingale. yang buat aku suspen account balance kawan tu dah USD 2Million dengan EA tu, mak datuk, mcm tu tak yah la kije makan gaji. Separuh tabung, separuh buat belanja hidup sampai mati. Tapi aku baca tuan tanah tu masih kije makan gaji. Ni buat aku konfius statement orang yang mempromosi. mcm biasa kena jadi affiliate dia baru dia bagi EA.

Sebenarnya aku dapat rasakan ada 'sesuatu' tak kena bila ada org mempromosikan EA yang ultimate. Hujah pertama, if orang tu dah capai jutawan, dia tak buang masa berforum nak suruh org jadi komuniti dia. Supertrader ni sifatnya berahsia. Even sifu kuasa forex pun halakan income dia ke hartanah. Payung sebelum hujan. Still dia kata ada lagi trader sukses yang byk hartanah dr dia. maknanya masih wujud supertrader dari supertrader tadi. Orang yang kita tak tahu.

Hujah kedua, dia makan gaji lagi sedangkan dia boleh jadi pro trader. Kije juga. Kije sendiri.

Hujah ketiga, dia nak tikus mondokkan komuniti dia. Sometimes ada hidden agenda. Prinsip forex ni kan TAYOR. Trade at your own risk. Buatnyer dah ramai ada berjuta-juta, broker dia buat tergeliat dan melingkup. Tuan tanah tu boleh lari. Org pun tak kenal muka dia. Semuanya online. Buh gambar hans isaac pun boleh.

So, better be careful dengan statement org. Tak kisah amik masa berfikir.

Sometime kita rakus nak duit. Kita sebat semua peluang, tak kira la peluang baik ke, peluang buruk ke, peluang hancus ke, kita redha je. Biasa la prinsip jihad. Berfikir dulu peluang jenis apa. Peluang baik jangan dilengah lagi. Peluang buruk, tapis dulu. Sanggup amik risiko go ahead. Peluang hancus, better brainwash lagi dan reprogram kepala kita. takkan kita nak terjun telaga buta sekali dgn semua yang kita ada.

Aku cukup respek dengan sifu WHA aka merdekarama. Dah 2 minggu dia tak update blog. Maksudnya dia dalam proses eksperimen benda baru. Maknanya orang jenis ni memang fokus dan memahami risiko. Inilah guru yang betul. Sifu aku Jero pun macam tu jugak. Kalau 2 kali call x angkat maknanya dia dlm proses decision making. Sebarang gangguan menyebabkan tekanan. Tekanan menyebabkan salah pertimbangan. akhirnya jiwa kacau.

Cuba amalkan Jeda. Istilah big boss lama aku pak Ungku. Kita berhenti rehat seketika dan berfikir sejenak. Aku cuba amalkan begini, kalau dah dpt tangkap trend permulaan, aku akan estimate berapa pips boleh pergi. aku akan buka 2 pos. satu T/P tinggi dan 1 lagi T/P rendah. Kemudian aku buka lagi 1 pos kat M5 untuk scalping sikit sikit. Cari arah yang sama. Katakan aku entry 6 pos semua T/P, aku akan berhenti trading dan ambil angin dulu, tenangkan fikiran biarkan market terus bergerak. Paling baik gi makan. Bagi kenyang dan tenaga. Lepas 4 jam baru aku buka balik metatrader. tengok setup yang baru, kalau dah sesuai entry, if not I call it a day. Simple. Kita relax dan happy.

Sampai bertemu lagi.

Rabu, 7 Oktober 2009

Matlamat pelaburan

Aku ada satu plan untuk forex trading aku. Aku cedok dari idea orang, kumpulkan dan eksperimen. Macam ni, Aku ada kad kredit Bank Islam. Aku cucuk duit RM 3,000 dengan caj hanya RM 36 saja. Pastu aku deposit akaun forex lebih kurang USD 810. Kat sini aku dah hilang nilai RM 163 sebab exchange rate. So target profit aku 10% tambah RM 163. Maknanya aku kena jana duit sehingga USD 935 dollar. Size lot aku set pada 0.81. Target winning pips 154 dalam masa 20 hari. After that aku kena withdraw kesemua then bank in ke bank islam. Aku ulang proses sehinggalah aku jumpa plan lain.

Forum Forex - Baca boleh, percaya aku tak tahu

Sebenarnya dalam tempoh 8 bulan berkecimpung forex ni, aku byk study forum dan ebook. Boleh dikatakan dah macam-macam indicator aku sebat dlm forum, ada yang bagus, ada yang kurang bagus, ada sesuai dan ada tidak. Tak dinafikan mengkaji dan mencuba baik, tapi dikala aku dah konsisten trading byk trade aku hit stop loss dan menghancurkan akaun aku. Sedar tak sedar aku repeat semula proses mencari indicator lain dalam forum sehinggalah aku rasa usaha aku ni tak kesudahan sampai aku mati kot.

Persoalan aku selalu tanya, sistem mana yang terbaik dan apa yang aku dpt dari sistem trading orang lain. Bila kita tgk blog otai forex, kita terliur. Aku deposit duit sebab yakin aku dah dapat sistem yang ultimate tak mungkin aku dikalahkan. Kalah juga, kali ni aku betul-betul bingung. Rehat dari trading dekat 2 minggu n then aku terpanggil pula nak mengkaji style trading dari sifu.

Kaji punya kaji akhirnya dah dpt jawapan pasti. Sistem tak salah, yang silapnya ialah pemahaman tentang sifat sistem indicator yang kita pakai. Most of the time, bila market consolidated, aku akan budget price pergi arah berlawanan. Sifu aku kata tak semestinya. Kemudian dia tapis indicator apa yang suit untuk swing trade. Lepas pasang indikator yang bersesuaian, baru lah aku nampak kesilapan aku sebelum sebelum ini.

Sekarang dengan kefahaman sifat indikator aku pakai, aku dapat grow akaun aku 73% dalam masa 5 hari. Agak keterlaluan juga kerana target asal 10%. Tak apa, janji style trading dan minda tetap konsisten. Maknanya aku perlu melalui fasa yang panjang untuk mengatakan aku dah boleh generate income dari forex.

Ramai antara kawan aku yang berminat belajar kerana dengar dan lihat kawan lain berjaya generate duit dari forex. Tapi belum seorang pun yang cukup berminat untuk develop sistem untuk generate profit dari forex. Byk tangan menadah tapi tak banyak yang bertanya kenapa indikator yang dipakai kira lain dari apa yang dilihat. Penerangan kadangkala dipandang rendah, itu sebab ramai yang tak konfiden. Bukan salah indikator tu papar lain dari yang terjadi, Yang silap adalah setting untuk indikator tu kira dan behaviour indikator akan match dengan trading style.

Penerangan sifu aku cukup bagus. Kalau hanya fokus position trading, setting kena ubah supaya dipanjangkan sikit pengiraannya. Sebaliknya untuk scalping, setting kena cepatkan dan ada disiplin exit dengan pips yang specific. Sebagai trader yang bijak perlu analisis timeframe besar weekly, daily, 4 hour utk dptkan clue price action. Selebihnya dia akan attack pada timeframe kecil. Sifu aku buat cara begini dan disiplin exit dia juga agak ketat. once pips dah positif 5 hingga 10 pips terus lock profit 1 pips. Walaupun letih nak tunggu set-up yang lain, yang penting akaun dijaga dengan serius.

Aku selalu juga tanya tentang setting indikator pada otai-otai forum dan jawapan banyak kali tergantung. Ada baiknya bersemuka dan belajar sendiri dari otai kerana tak semua perkara dapat dijelaskan dengan sebaris ayat yang mudah.

faktor menang dalam trading agak subjektif. Seperti sifu aku, menang cepat memberi imej trading yang haru-biru manakala menang lambat memberi imej kurang peka perubahan. Yang sesuainya kena alert setiap perubahan. Most of the time, kita lambat sikit nak terima hakikat dalam forex ni gerakannya dalam bentuk cyclical. Yang naik mesti turun. Kalau kita study H4 pun dah boleh jerat 20 pips dengan senang. Money management kena disiplin lagi. Ambil tips ni, (free margin X 2%) bahagi 20 pips. Maknanya dari USD 50 kita boleh trade dengan size 5 sen sahaja. Tetapkan 5 sen setiap trade sehingga akhir bulan. Bila dah close akaun bulanan, adjust size ikut MM tadi. InsyaAllah money management macam ni boleh menenangkan hati apabila floating berpuluh batu pun. janji kena follow trend lah.

Seperkara lagi yang aku boleh kongsikan, trading tak pakai stop loss ni memang goyang. Tapi trading tak pakai stop loss ni yang beri konfiden lebih. Mentaliti kita kuat. Even ada 20 pos yang floating berpuluh-puluh pips pun kita tetap tenang. Tapi kena ada pemahaman arah dalam timeframe besar.

Pengalaman aku tak seberapa ni dlm chart analysis, if ada noise/spike/whipsaw atau apa saja istilah orang, trend akan follow juga direction dalam time frame besar. dan whipsaw timeframe kecil ni biasanya purata bergerak 100 - 200 pips, tak lebih. pair GU la, EU, whipsaw dia lagi hebat 100-300 pips. kalau akaun ciput, saiz besar better letak stop loss setiap trading.

Sampai berjumpa lagi.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Takut Kehilangan

Dalam perniagaan Forex, rugi adalah perkara terakhir yang kita fikirkan. Ia bukan pilihan. Siapa yang hendak rugi, betul tak? Realitinya kita akan rugi. Sekalipun kita dah memang trading tanpa kalah lebih 50 kali, kita tetap akan menemui 1 trade yang rugi. Jadi terima hakikat yang kita ada 50 - 50 chance utk untung dan rugi.

Kita bincang tentang kerugian. Dah berapa kali anda rugi trading. Berapa banyak? Setiap trade rugi tu kita dah kenalpasti punca atau tidak? Adakah kita masih ulangi faktor yang sama setiap kali rugi. Disini cantiknya rugi tu, kita akan ulangi perkara yang sama. Semasa trading, kita yakin bahawa entry pada waktu itu adalah yang terbaik utk menang. Tapi Beberapa minit kita floating berbelas pips, kemudian berpuluh pips. Perasaan berkecamuk. Antara percaya dan tidak keyakinan bahawa price akan kembali positif. Kemudian floating cecah beratus pips. Tak fikir panjang, kita exit. Lega. Tutup komputer dan rehat dengan perasaan bengang. Esok hari bila buka komputer kita tengok price cecah price yang kita buka semalam. Rupanya retrace sampai ke tempat asal. Kaji lagi baru kita perasan, new trend develop di timeframe daily atau weekly.

Haa... kat sini kita baru tahu. Kaji trade yang kita dah buat penting. faktor-faktor rugi kita belum kaji lagi. Main faktor kerugian ialah kita tak rujuk semua timeframe, kita pasang stop loss rapat sangat, trade sewaktu trend tamat dan yang paling biasa, kita takut rugi.

Kerugian ialah satu kajian mendalam yang baik untuk kita dapat clue next action kita. George Soros gunakan analisa kerugian untuk kenalpasti peluang baru untuk bangkit kembali. Begitu juga super trader. Apabila dia sedar position dia rugi dan tiada kemungkinan price kembali positif, dia akan trade ikut direction baru dengan gandakan lot size dengan specific target profit untuk cover kerugian sebelum ini. Apabila kita menghayati kembali rekod trade lampau kita akan nampak strategy trading akan datang.

Jadi disini kita dah tak takut rugi. Kita ada strategi atasi kerugian dengan cara unik. Amalkan money management yang baik untuk kita kembali trading dengan yakin. Kata kuncinya adalah analisa setiap perkara dan cari faktornya.

Entry n Exit Like Pro Trader

Ini adalah ilmu yg aku dpt huraikan sedikit dari perbincangan dengan sifu dan pembacaan. Tak kira trader jenis apa pun, kita harus tahu basic TF utama sebagai rujukan. Timeframe yang kuat adalah Daily dan H4. Kita lebihkan tumpuan kepada 2 timeframe ini. Hormati gerakan pada daily. H4 sebagai current trend.

Teknik scalping pula hanya dilakukan setelah kita pasti arah Daily dan H4. Kemudian H1 sebagai confirmation. Buka M15 utk elakkan entry floating berjam-jam. Buka M5 utk cari peluang entry.

Teknik exit juga bergantung kepada jenis trading yang kita suka. Kalau berpegang kepada daily dan H4, exit selepas trend dah nak habis. Exit bagi scalpers pula biasanya amalkan teknik t/p yang kecil. Contohnya 10 hingga 30 pips. Set target reentry selepas pasti H1 masih kekal trend.

Teknik tabur entry juga menarik. Biasa aku buat, aku entry tak lebih 4 kali pada jangkamasa tertentu. Contohnya pagi aku OP. Tghr aku OP. Lewat petang OP. Malam OP. Teknik ni memerlukan money management lebih rendah dari 2%. Aku pernah tengok Jero OP dekat 30 pos. Tapi hanya satu direction. Senang nak elakkan OP yang SL.

Stop loss diletakkan ikut pemahaman terhadap pair kita suka. Jangan ambil risiko OP kerana malas nak refer any TF. Teknik ni mengundang mismanagement account yang teruk. Set target revenue sebolehnya 10%, tak capai tak apa. Janji kita trading dgn happy.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Power of Compunding

Hari ni aku bersembang dengan bos aku. Isunya ialah mengeluar duit KWSP utk dilabur dlm Public Mutual. Jadi bos aku pop up some idea dgn konsep compounded investment. Contoh begini, katakan kita mula investment dengan Rm 10,000. 1st year kita dapat dividen 10% Rm 1000. Kita labur semula RM11000 then dapat another 10% RM1100. 3rd year invest semula Rm12100. The same whole process until target maturity next 25 years the figure is Rm 108,347.06.

So disini aku dpt satu idea utk buat pelaburan cara tersendiri. Let say aku bermula invest forex USD10. Compounded 10% per month, 120% per year. Next 25 Years the figure is USD 3.6 billion. Tak percaya kira lah sendiri. Dgn duit banyak tu aku rasa we are the richest man in Malaysia. So itu dinamakan the power of compounding. Sebab itulah aku rasa George Soros tidak menyesal sekalipun kerugian USD 500 juta sebab saham jatuh kerana dia tidak melabur untuk short term. Kerana saham jadi murah, dia beli saham Coca cola dalam masa 5 tahun keuntungan dia USD 3 billion. The matter of fact, kesilapan boleh menjadi inspirasi untuk next decision making.

Dalam pelaburan apa-apa pun, kita tak boleh bermimpi jadi jutawan hanya 1 hari. Mengapa aku suka berkawan dengan Jero instead of dia kutuk decision aku stupid tahap melampau. Ini kerana aku akan sentiasa balik dan berfikir apa next step aku utk compete skill dia. Kata kuncinya ialah bagaimana kita membuat keputusan dalam keadaan tertekan. Result lampau adalah pengajaran. Masa depan adalah penentuan. Kita tak akan tahu apa berlaku di masa depan tapi kita boleh meramalkan sahaja. Same thing dalam investment apa-apa pun. If kita berpegang ASB boleh bagi return 8% pa, kita tersilap. ASB beri dividen berdasarkan past performance sahaja. For future kita meramalkan apa yang ASB hadapi dalam risiko kewangannya. Kemungkinan utk beri dividen lebih rendah tetap ada.

Aku bersembang pula dengan Azli, member aku yang suka survey loan. Which one is better. Bagi aku, loan is a bad thing just because we desperately needed for some reason kita terpaksa buat. Tapi prinsip Haji Dolah loan is a leverage to next financial freedom. Which side yang kita tengok. So aku decide buat kad kredit Bank ISlam dan lupakan Personal Loan kerana aku boleh leverage dengan kredit card tu. tarah over-over again dengan sedikit kos but better return.

aku ditanya mengenai halal forex ni. So, jawapan dari sudut syarak masih kabur. tapi kita boleh ambil prinsip perdagangan islam. Tiada riba, tiada penindasan. Forex ada akaun islam yang tiada riba.This is a straight forward market. Bank offer rate, kita jual atau beli rate yang diberi. Same goes for example a car that we bought. If kita beli for 1st time at a certain price, kita tak akan dpt price yang sama jika kita jual kepada orang lain. melainkan org yang nak beli bersetuju dengan harga yang kita tawarkan. Tak kisah lah kereta dah modified dengan semua barang canggih ada. Tapi ada buyer yang sanggup. Dalam forex, kita sanggup terima price yang ditawarkan bank, kita klik button. Then for certain time period, kita puas hati dengan position kita ada. Kita offer kepada bank utk beli pulak. As simple of a button click. profit n loss kita dah awal2 lagi calculate. Risk ada, tapi minimisekan sebaik-baiknya. Bak kata jero, nak entry position awal boleh tapi risiko besar. Tak confirm trend. So masuk bila trend terang2 confirm. Dari main saiz 2%, main saiz 4% MM. Sama jugak perginya. Bezanya trade kita secure.

aku lebih suka mengatakan seorang jutawan menemui cara utk menggunakan peluang dapat duit berkali-kali. Bukan seorang jutawan menemui duit untuk bergelar jutawan. Kalau ada itulah dreamers. Dapat duit menang kontrak juta2 seronok la. Bila x ada kontrak, menganga balik. baik kita hindar dari berfikiran begitu. Sebaik-baiknya, kita develop dulu ilmu kita. aku akui dah lebuh RM2000 main forex. jero lebuh RM 70,000. Tapi baru ni dia withdraw RM 100,000. Dan dia boleh withdraw lagi dan lagi. tak ada limit. Itulah dikatakan cara guna peluang. Jero dah beli restoran dan ada 25 worker lagi. Dapat kontrak catering sikit-sikit just to make things better dari dok rumah 24 jam sehari. Bagi aku dats a lot of improvement.

The keyword, guna duit sebagai leverage.