Selasa, 13 Oktober 2009

Beza Forex dan Skim Pelaburan Internet

Forex ada 2 jenis, buat sendiri dan amanah pada orang lain buatkan.

Jenis Buat Sendiri
Biasanya orang mcm ni agak tajam analisa dan pengetahuan. Risk taker dan trend follower. Jarang orang macam ni jadi gambler melainkan dia dah tak tahu nak decide, dia main belasah. Untung atau rugi dia sendiri rasa.

Jenis Orang Lain Buatkan
Part ni pelabur amanahkan orang lain buatkan. Samada rela atau terpaksa ikut syarat pelaburan/kontrak yang dia buat. Less risky, less profit. Biasanya modus operandi, sain dan tinggal, bulan-bulan dapat dividen. Scammers suka cara ni, pelabur kurang bijak. Senang ditipu. Biasanya syarikat/individu akan tutup operasi bila ada risiko kewangan besar yang ditanggung dan akan melindungi tuntutan kewangan dengan undang-undang. Kena ingat, undang-undang kita masih longgar dan senang dimanipulasi. (Alasan, pelabur dah sain kontrak liabiliti)

Skim Internet
Ingat dulu ada Swisscash, labur dan bulan-bulan boleh dapat 100% dividen. Sebenarnya, diorang nak duit supaya boleh trade forex. Setakat 100% dijanjikan bukan susah. Aku pun boleh buat return 300% trading forex dengan syarat aku masuk trend awal dan tarah market kaw-kaw ikut trend. Pelabur skim internet ni lagi senang ditipu sebab diorang tiada fizikal address. Ini aku recommend, jgn terlibat. Sekali masuk, sedekah je duit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan