Sabtu, 3 Oktober 2009

Takut Kehilangan

Dalam perniagaan Forex, rugi adalah perkara terakhir yang kita fikirkan. Ia bukan pilihan. Siapa yang hendak rugi, betul tak? Realitinya kita akan rugi. Sekalipun kita dah memang trading tanpa kalah lebih 50 kali, kita tetap akan menemui 1 trade yang rugi. Jadi terima hakikat yang kita ada 50 - 50 chance utk untung dan rugi.

Kita bincang tentang kerugian. Dah berapa kali anda rugi trading. Berapa banyak? Setiap trade rugi tu kita dah kenalpasti punca atau tidak? Adakah kita masih ulangi faktor yang sama setiap kali rugi. Disini cantiknya rugi tu, kita akan ulangi perkara yang sama. Semasa trading, kita yakin bahawa entry pada waktu itu adalah yang terbaik utk menang. Tapi Beberapa minit kita floating berbelas pips, kemudian berpuluh pips. Perasaan berkecamuk. Antara percaya dan tidak keyakinan bahawa price akan kembali positif. Kemudian floating cecah beratus pips. Tak fikir panjang, kita exit. Lega. Tutup komputer dan rehat dengan perasaan bengang. Esok hari bila buka komputer kita tengok price cecah price yang kita buka semalam. Rupanya retrace sampai ke tempat asal. Kaji lagi baru kita perasan, new trend develop di timeframe daily atau weekly.

Haa... kat sini kita baru tahu. Kaji trade yang kita dah buat penting. faktor-faktor rugi kita belum kaji lagi. Main faktor kerugian ialah kita tak rujuk semua timeframe, kita pasang stop loss rapat sangat, trade sewaktu trend tamat dan yang paling biasa, kita takut rugi.

Kerugian ialah satu kajian mendalam yang baik untuk kita dapat clue next action kita. George Soros gunakan analisa kerugian untuk kenalpasti peluang baru untuk bangkit kembali. Begitu juga super trader. Apabila dia sedar position dia rugi dan tiada kemungkinan price kembali positif, dia akan trade ikut direction baru dengan gandakan lot size dengan specific target profit untuk cover kerugian sebelum ini. Apabila kita menghayati kembali rekod trade lampau kita akan nampak strategy trading akan datang.

Jadi disini kita dah tak takut rugi. Kita ada strategi atasi kerugian dengan cara unik. Amalkan money management yang baik untuk kita kembali trading dengan yakin. Kata kuncinya adalah analisa setiap perkara dan cari faktornya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan