Aku kembali menelaah sistem yang aku pakai dan 2 sistem yang lain. Maknanya aku analisis 3 sistem serentak dalam membuat keputusan. Sistem pertama aku namakan Gann HiLo Activator, Kedua aku pakai Greenpips v2 dan ketiga aku pakai Sistem Merdekarama. Mari ikuti analisis aku.
Gann HiLo Activator
Sistem ini kategori play safe side. Masuk ikut Gann side. Cuma beza Gan HiLo ni dia bersifat reevaluate signal. Nak entry idea memang bagus, profit rides pun bagus, bagi orang yang x sabar akan mendapati Gann agak lembab nak buat Pips harvesting. Tp Gann kena kombo dengan Fisher Transform dan William Range. Sebabnya, bila market peak, kita tau gann position kat mana sebenarnya. Biasa nampak Gann bagi signal bullish terus masuk saiz besar, target profit 50 pips, sebenarnya price dah berada dalam lingkungan -20% william dan fisher pun dalam kategori overbought. Kesannya sapa yang tak pasang trailing stop memang akan hit stop loss selalu. Analisa aku guna indikator Gann ni, bila price dah melepasi william -20% aku akan entry kontra dengan trend. Ini sebab aku malas nak buka laptop 24 hours, ada benda lain lebih penting dari mengadap PC lama-lama. Aku akan mengamalkan money management 0.05% dari free margin iaitu aku boleh survive 1000pips floating. so kalau price masih lagi degil nak turun(situasi bullish) dia akan main-main dalam lingkungan 600pips. So bila price dah start bearish, aku akan mula trailing profit. Biasa 100pips. Orang akan argue, kenapa nak floating? Jawapan aku, aku tak mahu masa berkualiti bersama famili aku terbazir dengan laptop dan forex.
Greenpips v2
Ini antara indikator visual yang aku suka sebab indikator ni bersifat visual. Tengok dan decide. faktor utama daya penariknya ialah indikator diamond dan trend reversal arrow. Plus, sistem ni pakai heiken ashi. utk penggemar pips harvester, heiken ashi ni boleh buat kita kelabu mata dengan pips hijau. Keburukan nya ialah ianya heiken ashi,bila kita nak entry seterusnya kita terlupa yang heiken ashi akan repaint. Utk orang yang sakit jantung tgk floating dengan saiz besar selalu exit loss. alih-alih tengok rupanya minor retracement. Pastu mula fikiran jadi celaru, nak trading pula dengan emosi. Guna greenpips ikut arahan ida untuk main selamat.
sistem merdekarama
sama je macam greenpips.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan