2 hari aku floating GU Long, hari 3 pos sukses T/P menjadikan account growth aku 110%. Actually aku buleh entry lagi tp kali ni aku mengambil sikap bila dah capai target 10%, aku rehat tenangkan fikiran. Banyak lagi hari boleh trading.
Aku kobek forum FXOpen. tertarik pulak ada yang promote EA transformer bercirikan Martingale. yang buat aku suspen account balance kawan tu dah USD 2Million dengan EA tu, mak datuk, mcm tu tak yah la kije makan gaji. Separuh tabung, separuh buat belanja hidup sampai mati. Tapi aku baca tuan tanah tu masih kije makan gaji. Ni buat aku konfius statement orang yang mempromosi. mcm biasa kena jadi affiliate dia baru dia bagi EA.
Sebenarnya aku dapat rasakan ada 'sesuatu' tak kena bila ada org mempromosikan EA yang ultimate. Hujah pertama, if orang tu dah capai jutawan, dia tak buang masa berforum nak suruh org jadi komuniti dia. Supertrader ni sifatnya berahsia. Even sifu kuasa forex pun halakan income dia ke hartanah. Payung sebelum hujan. Still dia kata ada lagi trader sukses yang byk hartanah dr dia. maknanya masih wujud supertrader dari supertrader tadi. Orang yang kita tak tahu.
Hujah kedua, dia makan gaji lagi sedangkan dia boleh jadi pro trader. Kije juga. Kije sendiri.
Hujah ketiga, dia nak tikus mondokkan komuniti dia. Sometimes ada hidden agenda. Prinsip forex ni kan TAYOR. Trade at your own risk. Buatnyer dah ramai ada berjuta-juta, broker dia buat tergeliat dan melingkup. Tuan tanah tu boleh lari. Org pun tak kenal muka dia. Semuanya online. Buh gambar hans isaac pun boleh.
So, better be careful dengan statement org. Tak kisah amik masa berfikir.
Sometime kita rakus nak duit. Kita sebat semua peluang, tak kira la peluang baik ke, peluang buruk ke, peluang hancus ke, kita redha je. Biasa la prinsip jihad. Berfikir dulu peluang jenis apa. Peluang baik jangan dilengah lagi. Peluang buruk, tapis dulu. Sanggup amik risiko go ahead. Peluang hancus, better brainwash lagi dan reprogram kepala kita. takkan kita nak terjun telaga buta sekali dgn semua yang kita ada.
Aku cukup respek dengan sifu WHA aka merdekarama. Dah 2 minggu dia tak update blog. Maksudnya dia dalam proses eksperimen benda baru. Maknanya orang jenis ni memang fokus dan memahami risiko. Inilah guru yang betul. Sifu aku Jero pun macam tu jugak. Kalau 2 kali call x angkat maknanya dia dlm proses decision making. Sebarang gangguan menyebabkan tekanan. Tekanan menyebabkan salah pertimbangan. akhirnya jiwa kacau.
Cuba amalkan Jeda. Istilah big boss lama aku pak Ungku. Kita berhenti rehat seketika dan berfikir sejenak. Aku cuba amalkan begini, kalau dah dpt tangkap trend permulaan, aku akan estimate berapa pips boleh pergi. aku akan buka 2 pos. satu T/P tinggi dan 1 lagi T/P rendah. Kemudian aku buka lagi 1 pos kat M5 untuk scalping sikit sikit. Cari arah yang sama. Katakan aku entry 6 pos semua T/P, aku akan berhenti trading dan ambil angin dulu, tenangkan fikiran biarkan market terus bergerak. Paling baik gi makan. Bagi kenyang dan tenaga. Lepas 4 jam baru aku buka balik metatrader. tengok setup yang baru, kalau dah sesuai entry, if not I call it a day. Simple. Kita relax dan happy.
Sampai bertemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan