Selasa, 8 September 2009

Forex Yang Bagaimana?

Salam semua,
Dah lama saya x menulis. Mungkin sibuk belajar profesion baru dalam forex. Banyak feedback juga dapat dari pelajaran ini. Satu darinya bagaimana kita nak kaya dengan forex dan yang kedua kebolehpercayaan kepada perniagaan forex. Apa yang pasti, perniagaan ini sangat berisiko. Bak webpage forex kata, Urusniaga ini boleh mendtangkan risiko kerugian yang besar.
Forex bagi saya umpama pusat lelong bersistem. Pandai tawar, tahu masa sesuai, pandai mengurus diri, bijak menilai petunjuk dan tidak dipengaruhi ketamakan, perniagaan ini milik anda. Bagaimana pula yang rugi? Rugi adalah hasil dari implikasi negatif dari faktor di atas. Mudah saja. Tengok, analisa dan bertindak, hasil anda akan tahu juga.
Alhamdulillah, sepanjang pembelajaran yang tak pernah tamat ini saya ditemukan dengan pelbagai skill, petunjuk dan pengalaman yang seumur hidup tidak akan hilang. Ada yang pahit ada yang indah, semua saya hadamkan. Kata kuncinya jangan pernah menyesal. Ada pepatah dari bijak pandai, manusia yang tidak pernah mencuba tidak akan menemui sesuatu yang menakjubkan.
Skill yang saya kumpul dan gunakan saya namakan sebagai rebound situation. Saya menggunakan petunjuk Heiken Ashi, greenpips v2, stochastic, MACD MTF dan sedikit indicator merdekarama. Bila digabungkan kesemuanya ia menjadi petunjuk yang jelas.
Cara kemasukan pula berdasarkan M15 kerana kebanyakan trader menggunakan M15 untuk entry. Petuanya kita lihat dari aspek timeframe besar seperti D1, H4 dan H1. Cari karakter yang sama. Seperti contoh stochastic sudah mencecah paras over dan x akan pergi lg jauh dari direction itu. Ibarat kuda yang kepenatan, mencari air dan makanan. Pada masa itulah entry saya berlawanan dari arah dengan pengesahan dari petunjuk lain. Hasilnya, sangat menakjubkan.
Pengurusan kewangan pula berdasarkan risiko yg paling minima iaitu 0.005 peratus dari capital. Pulangan sasaran 5% dari capital sebulan. Apabila yakin dengan diri sendiri, saya tidak lagi memerlukan stop loss. Cuma banyakkan bersabar sehingga semua petunjuk menjelaskan keadaan.
Apa yang saya harapkan selepas ini saya tidak memerlukan khidmat bank untuk gandakan duit saya. Saya sendiri bank bagi diri saya.
Bercerita tentang kemewahan yang diidamkan, terus terang saya katakan saya tidak ada idea bagaimana untuk memewahkan diri. Cuma saya pastikan aliran tunai kewangan family saya tidak lagi negatif.
Bagi yang ingin mencuba, jangan ikut kata hati. Ikut kata guru. Tak pasti bertanya. Buat kajian menyeluruh. Kita kena ingat, ilmu Allah ni luas. Yang kita dapat pun hanya setitis sedangkan selautan lagi terbentang depan mata. Gunakan harta Allah amanahkan untuk Fi Sabilillah. Moga kita beroleh kejayaan. Selamat bertrading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan