Hari raya orang yang paling happy aku rasa anak aku kot. Byk jugak uncle & auntie bagi duit raya. Boleh wat tambah unit trust anas. Pelaburan bijak untuk dia. Aku pulak paling sakit hari raya ni. Dah la claim tak dapat. Keter pun dah semput aircond ala-ala nak pengsan. Tayar pulak pancit tak boleh pakai dah. Terpaksa pulak buat mesyuarat dengan su pasal tukar tayar. Jawabnyer 4 rim sekali aku trade in dan angkat baru. Kopak jugak rm800.
Pastu abang dan adik aku komen la. Rim elok nak tukar. Aku pun mula wat penerangan sudut kewangan. Melopong adik aku. Rim asal saiz 14 lebar 165 gi tukar saiz 15 lebar 195. Pastu apa lagi, langgar bump bunyi nyaring tayar sagat fender, tu yang jahanam tu. nak tambah pilu lak, tayar nipis 50 ke bawah harga sebiji dekat2 dua ratus, 4 biji dah lapan ratus. Congak punya congak, berbaloi juga aku tukar rim standard balik. Hati pun senang. Alhamdulillah lepas tukar, savvy aku bertambah perform. Jimat minyak pulak tu. Ipoh KL makan rm 10 je.
Cerita forex pun x pernah sunyi. Aku dah ada 2 student lagi yg nak terjun bidang ni. Nampaknya boleh juga buat amal jariah ilmu yg aku dpt. Betullah apa yang ustaz aku cakap. Bila kita ajar orang, kita dapat lagi ilmu baru. Alhamdulillah lepas ajar orang aku dah nampak di mana kelemahan aku dan kekuatan aku. Dan yang paling seronok, aku ada ramai kawan untuk berkongsi pengalaman.
Aku ada promote pelaburan emas kat family aku. Agak lawak juga bila aku tengok muka orang yang mendengar melopong mcm baru dengar bom meletup. Mesti jawapan aku selalu dengar, kalau mcm ni cepat kaya la. Jawapan standard. Aku pun mula-mula rasa nak cepat kaya. Tapi bila dah alami pelbagai kepayahan kewangan, aku makin bijak menilai bagaimana nak buat duit dengan cara konsisten. Kaya sudah tentu, cuma jumlah kekayaan tu aku tak letak sebagai matlamat.
Aku hairan tengok jiran sebelah rumah aku pakai Porsche Cayenne. Padahal kije vice presiden Kolej UEM kat bukit beruntung je. Ilmu apa dia pakai. X dapat aku nak korek rahsia. Orangnyer balik kampung. Aku budget dia pun memorex. Sepanjang aku idup dah 2 kali dia tukar keter mewah. Sebelum ni pakai mercedes SLK 2 pintu AMG. Mak aih... taste memang dahsyat. So bila aku muhasabah balik. Jiran aku ni jenis x byk cerita. Dan setahu aku otai-otai melabur ni jenis senyap buat sendiri je. Kalau yg kepoh-kepoh ni payah nak percaya macam abang sedara aku. Siap taruk Dato' dalam name card. Fuhh... berani.
Aku pegi kebun ayah aku, sedih jugak bila terkenang janji aku yang tak tertunai. Aku janji nak tolong ayah aku usahakan ladang sawit dia. Tapi aku tercampak di tengah bandar ni. Macamana nak tolong. Ayah aku pun makin tak sihat. Aku tengok ayah aku tak pernah mengeluh mengerah tenaga. Dan dia tak pernah berasa menyesal. Aku kagum dengan ayah aku. Kental semangatnya pada usia 60 tahun. Aku berdoa jiwa aku sekental ayah aku.
Selepas ini aku nampak masalah kewangan dah nak pulih. Cuma aku tak pasti tentang outstation. Member aku kata masyuk. Aku nampak tak masyuk. Aku muhasabah lagi, selama ini aku asyik pulun peluang sorang-sorang. Sedangkan ada banyak lagi kawan yang boleh berkongsi peluang. Tak apa, aku dah sedar, dan aku harap kawan-kawan juga sedar yang ukhuwah semakin rapuh sebab ketamakan. Aku nilai balik apa yang telah dibuat. Aku merasakan pekerjaan aku tidak ikhlas. Aku mengharapkan imbuhan yang banyak sumbangan yang sikit. Allah timpa bala ikut cara lain. Duit nak lekat dalam akaun simpanan pun payah. Iktibar yang bagus untuk aku.
Anas dah semakin besar, angah pun dah masuk 4 bulan. Tiba masa untuk aku mendidik cara islam total pada family aku. Aku dah sedar anas adalah harta yang paling berharga. Aku wajib didiknya menjadi mukmin yang soleh. Biar lah kisah silam aku menjadi ratapan aku di sejadah. Aku ingin lihat anak aku berada di jalan fisbilillah. Hanya itu saja peluang aku menebus kesilapan lalu. Iktibar kali kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan