Ahad, 27 September 2009

Cerita yang terkesan

Ada sebuah drama cina sekitar tahun 2000. Masa tu aku part 4 kat uitm. Cerita berkisar tentang kehebatan seorang lelaki bermain saham tetapi dimakan oleh ketamakan diri. Aku tak ingat tajuknya, aku hanya ingat nama karakternya saja, Fong Sun Hup. Dalam ccerita tu dia adalah legend dalam pasaran saham. Ibarat macam Tun Daim Zainuddin bagi kita. Ceritanya klimaks apabila dia sentiasa menang dalam pasaran saham dengan keuntungan luarbiasa tapi gagal dalam berkeluarga. Dia kehilangan segalanya, keluarga mati, harta kena lelong dan akhirnya dia jadi gila hanya disebabkan segala usaha yang dilakukan dengan ilmu saham dia makan diri balik. Dalam cerita tu dia jadi gila untuk tempoh yang lama. Dia jadi sami. tetapi dia berjumpa satu penemuan yang dia rasakan yang terbaik. Dia menjadi trader yang berbakti. Dia hanya mengambil sikit dari keuntungan selebihnya dia derma kepada pertubuhan amal. Sejak itu dia menjadi legenda semula.

Cerita ini banyak meninggalkan kesan besar mengenai pengertian hidup kepada diri aku. Aku selalu berangan untuk menjadi seperti fong sun hup. Tapi angan itu kosong kerana aku kekurangan ilmu. Aku sedar tiba titik tolak untuk aku maju lagi setapak ke hadapan. Aku tak boleh mengekalkan keadaan hidup status quo. Mengekalkan apa yang ada. Aku mula membuat peruntukan untuk amal jariah dalam bentuk kejayaan ilmu aku. Kerana harta itu amanah Allah. Terlalu banyak menyimpan bakal disoal di akhirat. terlalu sikit nanti menzalimi anak isteri aku ketiadaan aku. Ikut resmi uthman ibnu affan. Bersistematik. Dunia ada, akhirat pun ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan