Isnin, 28 September 2009

Bijak macam Warren Buffet?

Aku baru lepas menonton biografi Warren BUffet di Astro Channel 555. Dia sangat bijak melabur. Tiada orang dapat membaca apa yang difikirkannya. Dia pula jarang membuat kesilapan dalam pelaburan. Setiap pelaburannya mesti menguntung.

Ini lah aku dok fikirkan. Mana ada orang tak membuat kesilapan. Ada orang belajar dari kesilapan. Tukar kesilapan jadi kejayaan. Banyak insan macam tu, syed mokhtar bukhari, daim zainuddin dan ramai. Tapi hanya 5% je orang berjaya dalam perniagaan. Selebihnya menunggu masa untuk hancur. Itu hukum alam. Fakta yang benar. Jadi bagaimana nak berada dalam kelompok 5%?

Aku baru belajar cara manage duit ala azizi ali. Pelaburan bijak lawan banyak melabur. Apa yang aku dapat huraikan setiap karangan azizi ali, setiap benda disekeliling kita adalah pelaburan. Tak pakai duit pun dah boleh melabur. udara, air dan pelbagai nikmat Allah. Itu basic. Penambahan daripada itu aku cuba kaitkan dengan apa yang aku ada. Sebuah laptop pejabat. hanya subscribe P1 W1max aku dah boleh trading selepas office hour. Aku ada kereta, guna duit claim bayar instalment dan servis keter. Aku ada baju lama yang boleh dipakai, tak yah beli. Kalau dalam almari ada 100 helai, rotate je pusingan baju tu. Sapa nak complain.

Sekarang aku belajar pelaburan melalui gaji kerja. Aku tertarik dengan konsep syed mokhtar. Bayar dulu hutang, labur dalam sabar. So aku dah pernah lalui finacial disaster berkali-kali sampai tak ingat. Sedar tak sedar aku belum cukup melabur untuk kewangan masa depan. Kalau aku buat loan dan beli lagi harta yang konon aku boleh dapat hasil, aku rasa aku putar balik kesilapan tu. So aku nak cuba satu pelaburan yang radikal. Buat loan untuk pelaburan sendiri. Aku tentukan sendiri nilai masa depan dengan duit yang ada. Jero dah pernah beri contoh untuk aku. Aku cuba ikut.

Estimate bebas hutang aku nanti maybe umur pencen kalau aku jalankan plan aku. Tapi aku cuba pelbagaikan bakul untuk dilabur. biar setiap bakul ada nilai tambah masa depan. Tak dapat banyak pun tak apa, janji nilai itu meningkat. Peringkat menguruskan risiko masa depan. Aku suka jugak konsep risiko terkira masa dalam CNI. Tapi aku cuba twist konsep dari apa orang faham dengan keadaan terkira. Bila kita mengira risiko, kita sedang membuat satu plan nilai tambah hidup. Contoh meniaga CNI, kita memang tak involve direct cost utk business, yang kita terkena ialah indirect cost business. Minyak keter, kos kursus, beli barang untuk kejar point. Bagi aku menambahkan lagi risiko dalam terkira tu. Harus diingatkan setiap perniagaan ada peratus pulangan. Normal return 10%, jarang ada return melebihi 50% per annum melainkan orang tu dah peringkat tertinggi dalam perniagaan ni.

Aku yakin sangat, if aku follow cara orang yang aku sure tak sesuai, aku bukan jadi macam orang itu, jadi lagi teruk dari orang itu. Sebabnya aku meniru saja tanpa ada apa-apa nilai pada hidup aku. Orang success ni, react dari situasi dengan cepat, avoid getting risk of loss, grab chance to the max. Prinsip hukum alam.

Aku berkongsi cerita Korea, The Scam. Dia dah abadikan 5 tahun belajar saham. 2 tahun permulaan lingkup sebab dia buat ikut cara perspektif orang, 3 tahun success sebab dia buat ikut perspektif dia. cara dia betul. Orang berjaya 5% ada ciri tersendiri yang dia tak ikut orang lain. Sistem sendiri yang memberi pulangan maksimum.

So sekarang aku cuba kembangkan lagi konsep sistem sendiri aku ni. Biarlah orang tak faham, janji aku faham.

Ahad, 27 September 2009

Cerita yang terkesan

Ada sebuah drama cina sekitar tahun 2000. Masa tu aku part 4 kat uitm. Cerita berkisar tentang kehebatan seorang lelaki bermain saham tetapi dimakan oleh ketamakan diri. Aku tak ingat tajuknya, aku hanya ingat nama karakternya saja, Fong Sun Hup. Dalam ccerita tu dia adalah legend dalam pasaran saham. Ibarat macam Tun Daim Zainuddin bagi kita. Ceritanya klimaks apabila dia sentiasa menang dalam pasaran saham dengan keuntungan luarbiasa tapi gagal dalam berkeluarga. Dia kehilangan segalanya, keluarga mati, harta kena lelong dan akhirnya dia jadi gila hanya disebabkan segala usaha yang dilakukan dengan ilmu saham dia makan diri balik. Dalam cerita tu dia jadi gila untuk tempoh yang lama. Dia jadi sami. tetapi dia berjumpa satu penemuan yang dia rasakan yang terbaik. Dia menjadi trader yang berbakti. Dia hanya mengambil sikit dari keuntungan selebihnya dia derma kepada pertubuhan amal. Sejak itu dia menjadi legenda semula.

Cerita ini banyak meninggalkan kesan besar mengenai pengertian hidup kepada diri aku. Aku selalu berangan untuk menjadi seperti fong sun hup. Tapi angan itu kosong kerana aku kekurangan ilmu. Aku sedar tiba titik tolak untuk aku maju lagi setapak ke hadapan. Aku tak boleh mengekalkan keadaan hidup status quo. Mengekalkan apa yang ada. Aku mula membuat peruntukan untuk amal jariah dalam bentuk kejayaan ilmu aku. Kerana harta itu amanah Allah. Terlalu banyak menyimpan bakal disoal di akhirat. terlalu sikit nanti menzalimi anak isteri aku ketiadaan aku. Ikut resmi uthman ibnu affan. Bersistematik. Dunia ada, akhirat pun ada.

Sabtu, 26 September 2009

Syahdunya raya

Hari raya orang yang paling happy aku rasa anak aku kot. Byk jugak uncle & auntie bagi duit raya. Boleh wat tambah unit trust anas. Pelaburan bijak untuk dia. Aku pulak paling sakit hari raya ni. Dah la claim tak dapat. Keter pun dah semput aircond ala-ala nak pengsan. Tayar pulak pancit tak boleh pakai dah. Terpaksa pulak buat mesyuarat dengan su pasal tukar tayar. Jawabnyer 4 rim sekali aku trade in dan angkat baru. Kopak jugak rm800.

Pastu abang dan adik aku komen la. Rim elok nak tukar. Aku pun mula wat penerangan sudut kewangan. Melopong adik aku. Rim asal saiz 14 lebar 165 gi tukar saiz 15 lebar 195. Pastu apa lagi, langgar bump bunyi nyaring tayar sagat fender, tu yang jahanam tu. nak tambah pilu lak, tayar nipis 50 ke bawah harga sebiji dekat2 dua ratus, 4 biji dah lapan ratus. Congak punya congak, berbaloi juga aku tukar rim standard balik. Hati pun senang. Alhamdulillah lepas tukar, savvy aku bertambah perform. Jimat minyak pulak tu. Ipoh KL makan rm 10 je.

Cerita forex pun x pernah sunyi. Aku dah ada 2 student lagi yg nak terjun bidang ni. Nampaknya boleh juga buat amal jariah ilmu yg aku dpt. Betullah apa yang ustaz aku cakap. Bila kita ajar orang, kita dapat lagi ilmu baru. Alhamdulillah lepas ajar orang aku dah nampak di mana kelemahan aku dan kekuatan aku. Dan yang paling seronok, aku ada ramai kawan untuk berkongsi pengalaman.

Aku ada promote pelaburan emas kat family aku. Agak lawak juga bila aku tengok muka orang yang mendengar melopong mcm baru dengar bom meletup. Mesti jawapan aku selalu dengar, kalau mcm ni cepat kaya la. Jawapan standard. Aku pun mula-mula rasa nak cepat kaya. Tapi bila dah alami pelbagai kepayahan kewangan, aku makin bijak menilai bagaimana nak buat duit dengan cara konsisten. Kaya sudah tentu, cuma jumlah kekayaan tu aku tak letak sebagai matlamat.

Aku hairan tengok jiran sebelah rumah aku pakai Porsche Cayenne. Padahal kije vice presiden Kolej UEM kat bukit beruntung je. Ilmu apa dia pakai. X dapat aku nak korek rahsia. Orangnyer balik kampung. Aku budget dia pun memorex. Sepanjang aku idup dah 2 kali dia tukar keter mewah. Sebelum ni pakai mercedes SLK 2 pintu AMG. Mak aih... taste memang dahsyat. So bila aku muhasabah balik. Jiran aku ni jenis x byk cerita. Dan setahu aku otai-otai melabur ni jenis senyap buat sendiri je. Kalau yg kepoh-kepoh ni payah nak percaya macam abang sedara aku. Siap taruk Dato' dalam name card. Fuhh... berani.

Aku pegi kebun ayah aku, sedih jugak bila terkenang janji aku yang tak tertunai. Aku janji nak tolong ayah aku usahakan ladang sawit dia. Tapi aku tercampak di tengah bandar ni. Macamana nak tolong. Ayah aku pun makin tak sihat. Aku tengok ayah aku tak pernah mengeluh mengerah tenaga. Dan dia tak pernah berasa menyesal. Aku kagum dengan ayah aku. Kental semangatnya pada usia 60 tahun. Aku berdoa jiwa aku sekental ayah aku.

Selepas ini aku nampak masalah kewangan dah nak pulih. Cuma aku tak pasti tentang outstation. Member aku kata masyuk. Aku nampak tak masyuk. Aku muhasabah lagi, selama ini aku asyik pulun peluang sorang-sorang. Sedangkan ada banyak lagi kawan yang boleh berkongsi peluang. Tak apa, aku dah sedar, dan aku harap kawan-kawan juga sedar yang ukhuwah semakin rapuh sebab ketamakan. Aku nilai balik apa yang telah dibuat. Aku merasakan pekerjaan aku tidak ikhlas. Aku mengharapkan imbuhan yang banyak sumbangan yang sikit. Allah timpa bala ikut cara lain. Duit nak lekat dalam akaun simpanan pun payah. Iktibar yang bagus untuk aku.

Anas dah semakin besar, angah pun dah masuk 4 bulan. Tiba masa untuk aku mendidik cara islam total pada family aku. Aku dah sedar anas adalah harta yang paling berharga. Aku wajib didiknya menjadi mukmin yang soleh. Biar lah kisah silam aku menjadi ratapan aku di sejadah. Aku ingin lihat anak aku berada di jalan fisbilillah. Hanya itu saja peluang aku menebus kesilapan lalu. Iktibar kali kedua.

Selasa, 15 September 2009

Antara Berharta dan Banyak Harta

Hari ni aku berbincang panjang dengan wife aku. Isu utamanya tak lain dan tak bukan ialah duit untuk beraya. Ini kes yang aku sendiri jangka akan terjadi dalam mana-mana keluarga. Dijamin.

Isunya ialah kenapa x ada duit. Sepatutnya claim dapat, advance outstation dapat dan gaji dapat dah cukup buat belanja hari raya. Penyebabnya dikenalpasti, orang yang bertanggungjawab sediakan cek sudah berhenti kerja. Jadi tinggal la balance workers yang x tahu apa yang perlu dibuat. Sadis betul. Time critical camni pun boleh kena jackpot.

Itu drama pertengahan. Permulaannya ialah kami start cari rumah untuk dimiliki. Combo dengan itu beli motor sebuah sebab ia keperluan yang mendesak. Tambah combo lagi perlu duit untuk sewa rumah DBKL. Tambah combo maksimum pelaburan forex aku jadi caca marba menyebabkan aku hilang fokus untuk trading. 20 losses in a row.Maka dah 4 bulan aku mengikat perut dari bershopping.

Ini lah yang kami sekeluarga runsing. Masalah akan timbulnya apa akan berlaku selepas raya. Payung dah koyak rabak. Hujan makin lebat. Nak cari payung baru waktu ni kurang bijak. Jadi terpaksa juga ikat perut untuk 4 bulan lagi. Semuanya kerana financial commitment yang tinggi. Bulan2 kena maintain kos hidup cecah RM2400 sebulan. Memang ketat.

Ramai orang kata aku ni tenang. Apa yang jadi aku tetap cool. Sebenarnya ramai tak tahu setiap malam aku akan merangka jalan keluar dari krisis kewangan family ni. Ramai tak tahu sebenarnya aku mengorbankan hak outstation aku semata-mata mengekalkan balance sudut jadual. Mungkin Othman dah tunjuk contoh untuk aku follow, tak masyuk dan biarkan semua berlalu dengan redha.

Ramai juga pertikaikan penglibatan aku dalam forex. Agak menggelikan hati kalau seumur hidup aku x payah ubah keadaan kewangan aku. Maintain kehidupan makan gaji. Aku dah ukur semua tu, kehidupan aku 30 tahun akan datang ialah sama saja macam kehidupan hari ini. Tiada yang luarbiasa.

Forex bagi aku ialah skill mencari extra income cara intelek. Kena pakai otak besar penumbuk ni nak masuk trading. Dah masuk position nak kena pakai otak lagi macamana nak close position profit. Lepas tu nak ulang proses sama pun kena fikir sehabis dan sabar menunggu masa sesuai. Bagi aku apa beza daim zainuddin dengan aku dari segi cara. Dibandingkan dengan status kehidupan dah memang jauh berbeza. Begitu juga senior bos aku Haji Dolah.

30 tahun dulu Haji dolah berada posisi yang sama macam aku. mencari rezeki dengan cara dia tahu. Kemahiran saja yang digilap mengikut jangkamasa penglibatan dia. Jadi apa beza aku dengan orang sangat berjaya dari segi itu.

Mungkin ramai yang tak tahu rahsia disebalik pelaburan yang dianggap bijak oleh sesetengah orang. Kita pernah dengar pelaburan emas, pelaburan skim ponzi, pelaburan piramid dan macam-macam variasi pelaburan. Ada yang tersangat logik dan ada yang tak masuk akal. Tapi tujuannya sama. Mereka nak duit kita. Mereka nak 'pinjam'duit kita untuk buat pelaburan mereka sendiri. Ini dinamakan skil pelaburan wayang kulit. Kita tak tahu itu kerana kita tak selidik ke tahap itu. Duit kita tu lah yang super trader ni invest dalam forex dalam kapasiti besar. Contoh macam ni. Dia dapat collect duit 1 juta, dia main 1 lot rm 100,00.00. Tunggu timing sesuai entry. Lock in profit 10 pips senang-senang dapat 1 juta lagi. Pastu dia ulang proses sampai profit dia infiniti. Kemudian tiba masa bayar investor yang konon bijak ni dia pulangkan balik rm 1 juta. Inilah hakikat yang kita selalu tak berminat ambil tahu. Kita bersedia untuk 'digunakan'. Kalau dapat pulangan macam diwar-warkan baguslah. Kalau syarikat buat-buat lingkup, tutup company cabut lari, putih mata lah. Kemudian datang lagi satu investment bentuk lain, tujuan tetap sama. Benda ni hukum karma. cantas satu tumbuh sepuluh, cantas sepuluh naik seratus. Macam tu lah.

So, apa perkara pun. Ambil masa selidik dengan mendalam. Pastikan yang kita faham benar apa yang berlaku. Aku tidak mengatakan aku dah bijak melampau. Cuma aku dah faham apa yang aku usahakan. Aku tetap dalam bidang forex ni. Selagi tak ada istilah forex dalam kamus selagi itulah aku meneruskan cara aku. Tepuk dada tanya hati, apa yang kita cari.

Isnin, 14 September 2009

Pengalaman Greenpips v2

Aku dah mencuba pelbagai template dan indicator dan tiada template yang hampir sempurna seperti Greenpips v2 oleh forextrading. Cuba log forum fxopen malaysia untuk mengetahui lebih lanjut.

Jumaat, 11 September 2009

Ilmu anugerah Ilahi

Alhamdulillah... ayat pertama aku sebut bila trading aku rugi... Bukan kerana rugi itu.. kerana aku ditemukan dengan petunjuk yang sangat bernilai. Bagi aku apalah sangat kejayaan jika kita tidak hayati perjuangan kita.
Aku cuba contact sifu aku untuk menambahkan lagi statement kata hati, tapi nampaknya gagal dihubungi kerana sifu aku sentiasa fokus dalam perjuangan forex. Tiada gangguan. Macam aku juga, masa trading adalah masa untuk analisa bukan masa untuk berbual.
Ilmu yang dimaksudkan ialah indicator stochastic oscillator. Basic indicator ni. Mana-mana metatrader mesti ada. Tapi indicator ni cukup power untuk swing trading. Combo pula dengan MACD, tanbah lagi Boilinger Band, up lagi dengan custom Indicator, ia ibarat senjata tunggu ditarik picunya.
Cara penggunaan stoch aku agak mudah. Lihat bacaan line %k dan %d. Cross je open position. Nak confirm tengok timeframe 30. tengok juga dalam D1, H4 dan H1. Selari semua bermaksud trend dah confirm biarkan OP berenang sendiri.
Yang dimaksudkan petunjuk baru ialah sekiranya M30 dah tunjuk Price channeling, rujuk H1 dan H4 stoch reading tak sama dengan syarat, close je. Untung ke rugi ke tutup terus. Itu maksudnye divergence. Price masih didominasi oleh arah berlawanan. Buang masa floating pun. Itupun kalau price tend to return OP. kalau dak tunggu tahun depan baru sampai price OP.
Aku dah cuba wat skill no stop loss. Nampaknya idea no stop loss agak bahaya. Sakit jantung gak tengok price mencanak arah berlawanan. so my recommendation pasang 50 pips stop loss. take profit yang sure dapat 10 pips. Average pips 50 pips. Nak pakai risk to reward ratio amik 100 pips. Nak ride profit, follow stoch line je. Kalau larat tunggu lagi la.
Itu adalah ringkasan ilmu aku dapat dari Ilahi. Tapi kita mesti ingat, dalam trading kesabaran mengasah skill menghadiahkan return yang aku sendiri tak dapat imaginasi. Hindar ketamakan. Hindar rasa marah, geram, biarkan rugi untuk kita alami pengalaman yang menakjubkan.
Aku selalu di sindir kerana menceburi forex, tapi aku tak pernah berkecil hati. Otak aku sentiasa berjalan seperti roda. Aku sentiasa memikirkan jalan untuk berjaya. Orang kaya pun dah tegar disindir sewaktu permulaan. Ada juga sampai mengalami situasi genting hidup mati untuk membuat keputusan. Tak kurang juga mempertaruhkan masa depan demi merealisasikan keupayaan sebenar nya.
Aku dapat input dari seorang trader yang berjaya. Sekiranya keupayaan kita dah terbukti. Gunakan apasaja peluang disekeliling untuk dimanfaatkan. Aku percaya konsep duit bekerja untuk kita bukannya kita bekerja untuk duit. Amat malang sekiranya kita menjadi robot kehidupan hanya mengikut pusingan alam dan norma kebiasaan. Kita seperti bateri. Bila kehabisan kuasa kita jadi sampah. Biar jadi pokok. Semusim demi musim meluruhkan hasil tanpa dipaksa.
Aku percaya otak kita bekerja diluar kebiasaan kita. Ramai percaya logik akal. Tapi tak ramai percaya kehebatan akal. Ambil contoh pengemis, sekiranya dia masih terus mengemis hanya untuk makan, dia hanya perlu ke restoran dan mohon simpati. Selesai makan balik dan tidur. Tapi pengemis yang guna akal, dia mengemis mengikut waktu puncak masyarakat. Dimana ramai orang, disitu dia mengemis. Percaya atau tidak atas hukum alam manusia yang bersimpati, dia berjaya mengaut duit yang dia sendiri tidak dapat bayangkan. Jutawan sebenar adalah pengemis. Tiada liabiliti, tunai sentiasa penuh. Bijak kan orang yang kita kata bodoh dan dungu. Mungkin pengemis bijak ini berkata dungu betul masyarakat keliling aku. Kerja sampai nak mati tak juga hidup tenang.
Banyak betul komen aku ni hehehe... aku suka menggerakkan otak aku untuk berfikir diluar kebiasaan aku. aku bukan seorang pemidato yang mempersonakan pendengar aku, aku bukan pelakon yang mempamerkan bakat beraksi yang luar biasa. Aku bukan juga bateri yang tunggu diganti baru. Aku bateri yang sentiasa berkuasa menggerakkan kelebihan yang ada pada aku.
Andainya aku boleh putarkan masa aku mahu putar ke depan. Aku nak tahu apa yang terjadi di masa depan aku dengan usaha yang aku semai dari hari ini. Aku tidak tahu, tiada orang tahu apa yang terjadi, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amin.

Selasa, 8 September 2009

Analisa GU 11/09/09


Selepas pergerakan bullish besar-besaran dan news yang positif, GU seakan-akan mencecah paras 1.7000 dalam minggu ini juga. Akan tetapi melihat kepada Daily indicator, kemungkinan retracement period berlaku sepanjang minggu ini. Saya prefer memilih Long paras 1.6588 dengan T/P paras 1.700.

Forex Yang Bagaimana?

Salam semua,
Dah lama saya x menulis. Mungkin sibuk belajar profesion baru dalam forex. Banyak feedback juga dapat dari pelajaran ini. Satu darinya bagaimana kita nak kaya dengan forex dan yang kedua kebolehpercayaan kepada perniagaan forex. Apa yang pasti, perniagaan ini sangat berisiko. Bak webpage forex kata, Urusniaga ini boleh mendtangkan risiko kerugian yang besar.
Forex bagi saya umpama pusat lelong bersistem. Pandai tawar, tahu masa sesuai, pandai mengurus diri, bijak menilai petunjuk dan tidak dipengaruhi ketamakan, perniagaan ini milik anda. Bagaimana pula yang rugi? Rugi adalah hasil dari implikasi negatif dari faktor di atas. Mudah saja. Tengok, analisa dan bertindak, hasil anda akan tahu juga.
Alhamdulillah, sepanjang pembelajaran yang tak pernah tamat ini saya ditemukan dengan pelbagai skill, petunjuk dan pengalaman yang seumur hidup tidak akan hilang. Ada yang pahit ada yang indah, semua saya hadamkan. Kata kuncinya jangan pernah menyesal. Ada pepatah dari bijak pandai, manusia yang tidak pernah mencuba tidak akan menemui sesuatu yang menakjubkan.
Skill yang saya kumpul dan gunakan saya namakan sebagai rebound situation. Saya menggunakan petunjuk Heiken Ashi, greenpips v2, stochastic, MACD MTF dan sedikit indicator merdekarama. Bila digabungkan kesemuanya ia menjadi petunjuk yang jelas.
Cara kemasukan pula berdasarkan M15 kerana kebanyakan trader menggunakan M15 untuk entry. Petuanya kita lihat dari aspek timeframe besar seperti D1, H4 dan H1. Cari karakter yang sama. Seperti contoh stochastic sudah mencecah paras over dan x akan pergi lg jauh dari direction itu. Ibarat kuda yang kepenatan, mencari air dan makanan. Pada masa itulah entry saya berlawanan dari arah dengan pengesahan dari petunjuk lain. Hasilnya, sangat menakjubkan.
Pengurusan kewangan pula berdasarkan risiko yg paling minima iaitu 0.005 peratus dari capital. Pulangan sasaran 5% dari capital sebulan. Apabila yakin dengan diri sendiri, saya tidak lagi memerlukan stop loss. Cuma banyakkan bersabar sehingga semua petunjuk menjelaskan keadaan.
Apa yang saya harapkan selepas ini saya tidak memerlukan khidmat bank untuk gandakan duit saya. Saya sendiri bank bagi diri saya.
Bercerita tentang kemewahan yang diidamkan, terus terang saya katakan saya tidak ada idea bagaimana untuk memewahkan diri. Cuma saya pastikan aliran tunai kewangan family saya tidak lagi negatif.
Bagi yang ingin mencuba, jangan ikut kata hati. Ikut kata guru. Tak pasti bertanya. Buat kajian menyeluruh. Kita kena ingat, ilmu Allah ni luas. Yang kita dapat pun hanya setitis sedangkan selautan lagi terbentang depan mata. Gunakan harta Allah amanahkan untuk Fi Sabilillah. Moga kita beroleh kejayaan. Selamat bertrading.