Ahad, 29 November 2009

Akhirnya aku dapat kuasai Forex

Setelah 11 bulan berkecimpung Forex,aku boleh simpulkan teknik aku berjaya. Aku dah jumpa 'Holy Grail' yang aku cari. Bukan satu perjalanan yang mudah untuk menguasai. Berkat kesabaran aku dah boleh buat duit cara ini. Setakat ini saja aku dah boleh generate sekurang-kurangnya 5% sehari. Kenapa aku legih suka 5%? Jawapannya ialah realistik.

Bila aku sebut realistik aku dapat macam-macam feedback dari rakan-rakan Forex. Ada orang tak ada target langsung. Janji cecah ribu-ribu. Itulah feedback yang aku biasa dengar. Berjaya ke target ribu-ribu? Mostly, Margin Call dapat. Sebabnya tak ada teknik sistematik. Main belasah je janji nasib dapat untung. Bila dah floating banyak sangat dah mula menggelabah.

Ikut cara aku. Sentiasa monitor pada H4. Pasang semua setting sistem di H4. Cari satu tabiat pair yang sentiasa konsisten 'cycle'nya. hormati keupayaan pair kita tanpa ragu-ragu. OP dengan Money Management yang tepat. If ada USD30 tapi nak cepat kaya pakai USD1 perlot, tak kan berjaya pun. Bila pair retrace, senafas terus Margin Call. Kemudian set Take Profit yang realistik. Jangan pulak pair kita purata cycle dalam 100 pips kita belasah 300 pips. Kalau kita buat begitu. OP yang menguntungkan boleh jadi merugikan.

Sifu aku selalu berpesan, lebih baik tunggu OP yang boleh kaut pips hijau banyak-banyak berbanding main belasah masuk. Tak sistematik bersamaan hancur akaun trading kita.

Keindahan OP cara aku, peraturannya begini, dari USD30 aku hanya merisikokan USD0.03 per lot. OP pada candle baru H4. Ambil position pada cycle maksimum price arah berlawanan.Tutup PC. Buka balik pada 4 jam kemudian. Next OP pada new candle arah yang sama dengan 1st OP. Set T/P ikut keupayaan pair, contoh GU boleh makan 200-300 pips percycle, aku amik 100pips T/P. GJ boleh makan 500-800 pips per cycle, aku set 200pips T/P. Macam tu lah proses aku sehinggalah trend habis dan aku OP arah berlawanan semula. Sangat sistematik dan berdisiplin. Janji aku boleh OP tanpa ragu-ragu setiap candle yang baru. Simple and profitable. Sistem apa yang aku pakai ni aku hanya share untuk orang yang dah lama training dalam Forex tapi belum juga berjaya.

If ada kelapangan aku bantu. Jika tak aku, hanya bagi tips saja. Aku tak ada servis bagi signal. Jadi susah sikit lah nak dapat servis signal dari aku. Anyway, Happy Trading.

4 ulasan:

  1. as salam saudara... terbaekk

    BalasPadam
  2. slm bro... boleh kasi picture x bro utk lbh jelas.. kurang dapat laa bro. tq

    BalasPadam
  3. Salam tuan.

    Saya nak belajar...kalau ade picture senang nk faham...tq

    BalasPadam
  4. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    BalasPadam