Khamis, 12 November 2009

Mencari Indikator Yang Sesuai...

Aku ada 1 habit yang aku suka cari indikator selang 3 bulan. Entah kenapa aku dah ada indikator yang aku boleh mendatangkan keuntungan pun aku tetap cari indikator. Setakat ini favourite aku tetap GreenPips. Senang, tengok dan entry saja.

Baru ni aku tertengok ada satu variasi dari greenpips yang diblend bersama teknik Kang Gun. Aku baru je apply indi dalam akaun live, so far aku tak terinfluence pun dengan arahan yang owner indi tu. Aku masih terikut-ikut cara asal greenpips. Cuma aku berpuas hati cara signalnya ditapis.

Kebetulan aku pun tak tahu siapa Kang Gun ni, so aku Google je, ter'bawak'lah aku ke forum kang Gun ni, www.forexindo.com. Ini komuniti Indonesia. Bahasa dia complete Indon lah. Aku teka je lah apa yang dimaksudkan ayat-ayat diorang tu. Apa yang aku nak cerita, Kang Gun adalah seorang trader sukses yang mengamalkan analisa matematik dan statistik dalam trading. Boleh kata dia sentiasa sandarkan indikator asal metatrader dengan rasional settingnya. Banyak info yang detail boleh semua belajar.

Daripada sini aku mula rombak semua setting aku ikut rasional Kang Gun. Tapi dia pakai teknik SMA Crossing yang mana aku paling tak suka, sifat lagging dalam decision making. Biasanya price dah tukar arah baru SMA Crossed. Tapi dia menjelaskan kegunaan Bollinger Band dengan setting besar. Biasa default 20, tapi dia suggest setting menggambarkan harian, mingguan atau bulanan mengikut timeframe kita ikut. Aku suka ikut M30, maka setting BB aku 48. Dalam forex ada teknik main entry bila price langgar BB. Jadi aku mengaplikasi teknik ni, quite fun actually. And dangerous too. Aku banyak ambil masa floating dulu baru dpt hasil. Ah gasak je, dah 2 bulan aku tak trading cara ganas. Kali ni aku trading ganas sikit. Main 7 currency sekali. Dulu aku apply pada GU saje, pasal hati tak cukup kering. Kali ni, aku keringkan hati main & entry sekaligus.

Ada pendapat yang aku baca kalau main byk currency, analisa kita cukup ampuh. Kadar sukses lebih baik. Yang paling penting, MM memang kena statik ikut Free Margin. Kalau biasa aku pakai MM 0.005% dari Free Margin, aku tak akan open entry lebih dari tu setiap currency. Stop Loss mengikut Kang Gun, dinamis aja bro. maknanya, tak pakai stop loss. Kata dia, kalau udah lihat trend tidak menyebelahi, Cut Loss, reentry pada next set up. Mudah saja main Forex ikut sistem sendiri yang ampuh.

Untuk rekod, dah makin ramai member aku main Forex. Risau pula aku tengok. Biasanya, newbie akan seronok sampai boleh hilang akal sebab dah untung sampai 50% dari capital. Mulalah main secara rogue. Kemudian, byk tengok floating negatif, terus cut loss tanpa sebab munasabah. Pasang Stop Loss pun rapat sangat. Ramai tak tahu stop loss ni menguntungkan broker. Kita belajar trading dari timeframe besar baik supaya kita tahu trend sekarang dimana. Bila tak tahu trend tu yang jadi hilang arah bila floating. Member dah terumbang ambing, aku nasihat suruh masuk kelas tak mau. Ada yang rasa main Forex ni macam main kuda. Bagi aku, orang yang tak ada asas kukuh masuk pos, biasanya akan menjadi gambler je. Nasihat aku, belajar itu adalah sebahagian dari elemen memorex.

Aku pernah buat satu kajian pada diri sendiri dengan cara trading yang berlainan. Ada cara ganas, ada cara kurang ganas. Hasil dekat-dekat sama. Tapi menang kurang ganas. So aku pilih ganas supaya setiap pos aku tak miss kerana perasaan ragu-ragu yang berlebihan. Pinjam kata Kang Gun, tiada siapa tahu price mahu ke mana. Tiada siapa yang boleh memberi fakta price dengan tepat kerana permainan Forex merupakan kajian pergerakan yang diramalkan arahnya di masa depan. Setiap asas-asas pengiraan diukur bersandarkan fakta harga masa lepas sebagai rujukan di masa hadapan. Itu saja. makna disini, Entry berdasrkan apa yang kita lihat dan kita faham, bukan apa yang kita rasa. Entry berdasarkan kefahaman akan mendekatkan corak permainan dengan kejayaan trading. Elemen rasa ni lebih tepat panggil intuisi merupakan elemen terakhir menentukan posting kita. Kita sandarkan intuisi kepada sejarah kitaran harga. Betul atau salah kita tidak tahu, sehinggalah posting kita tutup dengan keuntungan atau kerugian. Pada masa itu baru kita tahu kita buat keputusan yang betul atau salah.

1 ulasan: