Jumaat, 13 November 2009

Kutip pengalaman orang memorex

Dalam dunia fx, ramai sebenarnya berada dalam kategori otai dan tersohor. Tak kurang juga yang trader by chance iaitu ada untung timbul, ada rugi tenggelam. Memilih guru yang baik amat penting untuk kita mahirkan lagi cara permainan fx ni. Cara yang terbaik kita surf internet, baca apa yang orang boleh lakukan dan bagaimana lakukannya.

Memilih sistem berkualiti merupakan perkara basic yang kita mesti juarai. Kaedah trading secara trial a/c memang bagus untuk meneliti hasil dari trading. Sememangnya kita perlu mengenali siapa yang mencipta teknik/sistem itu supaya kita tidak trading mengikut selera sahaja.

Guru FX yang terbaik adalah individu yang sanggup luangkan masa bersama kita. Walaupun orang itu mempunyai masa-masa tertentu yang boleh dihubungi, kita perlu sentiasa berhubungan. Kaedah mentoring mampu menajamkan lagi skill mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kadangkala kita berjumpa guru yang menetapkan bayaran, adakala yang memberi khidmat nasihat secara percuma. Apapun, kita tengok dari segi faedah yang kita dapat dari kedua-dua jenis guru ini. Guru berbayar selalunya individu yang berdedikasi dalam tradingnya. Ia mempunyai track rekod cemerlang, sentiasa berhati-hati dan cekap membuat penilaian semasa. Sebagai balasan dari apa yang mereka korbankan semasa belajar bayaran yang dikenakan berpatutan dari tafsirannya. Guru percuma ini terlalu ramai dan kita sendiri sukar menilai track recordnya melainkan kita sudah mengikuti penulisannya dalam jangkamasa lama. Baiknya guru percuma ini, mereka sentiasa berkongsi apa sahaja.

Keburukan guru pula yang perlu kita buat penilaian semula apabila guru berbayar ini hanya mementingkan tekniknya tanpa memberi penerangan lebih mendalam sistem yang dicipta itu. Manakala guru percuma pula, seperti diketahui sentiasa sibuk melayani beribu-ribu trader yang kadangkala tidak mampu memberi penerangan dengan jelas kepada pertanyaan kita.

Sebab itulah kita perlukan mentor dalam FX. Seorang mentor yang berjaya biasanya akan memberi hujah yang terbaik dalam tindakannya. Misal kata beliau memberi hujah yang berlawanan dengan apa yang kita lihat, kita perlu menilai rasional hujah dari pelbagai sudut. Disini kita juga perlu menggunakan daya pemahaman kita untuk menyerap hujah itu secara mendalam. Perlu diingatkan, setiap individu dalam FX berlainan. Saya suka trading dalam TFH4 dan TFM30. Ada rasional saya memfokus kepada TF tersbut. Selain itu saya selalu mengamalkan MM yang ketat seperti yang diajar oleh mentor saya. Rasionalnya ialah saya akan membuat beberapa entry yang salah dan saya tidak terus cut loss sebaliknya saya memberi tempoh tertentu untuk price bermain-main. Saya akan terus entry mengikut signal yang saya dapat. Ini bermakna saya tidak dipengaruhi oleh bad trade. Ada masa boleh kita menilai kembali trading yang tersilap. Cuma jangan dipengaruhi sahaja.

Mentor saya juga selalu menekankan TFH4 adalah rujukan utama sebelum trading TF kecil. Ada kebenarannya. Sifat currency ini lebih terarah kepada Bollinger Band atau Moving Average. Kita dapat melihat perbezaan ini dalam TF besar. Kerana itu kita perlu memilih satu side (Bull/Bear) sebelum trading dalam TF kecil. Trading mengikut trend yang sebenarnya.

Sistem yang saya gunapakai adalah sistem mentor saya. Saya akan sentiasa berhubungan sekiranya saya tersalah perkiraan untuk menetapkan semula pelan trading pada minggu berikutnya.

Setakat ini dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan