Setelah aku melalui pelbagai ranjau dan duri Forex, aku sudah bertekad utk melakukan sesuatu yg bermakna sepanjang penglibatan aku di arena ini. Misi Menjadi Jutawan. Aku sudah ketemu dengan sistem dan cara yang ampuh untuk menakluk pasaran kini tibalah masa yang sesuai untuk aku ke medan perang dengan cara aku ini.
Misi ini aku mulakan dengan USD 10. Target daily aku hanya 50 pips sekurang-kurangnya. Dan aku telah membuat jadual target menggunakan Excel, misi ini akan tercapai pada 3 tahun lagi kepada USD 1 Million. Saiz aku menggunakan teknik dinamik dimana aku memberi ruang pasaran bermain dalam lingkungan 3000pips.
Disiplin misi ini juga aku tetapkan sebagai dinamik mengikut tahap kecairan pasaran. Sekiranya ada ruang untuk aku membuka lebih dari 1 OP, aku akan berusaha mengganda profit mengikut level yang munasabah. Pada peringkat permulaan ini, aku akan biarkan OP mengikut kemahuan pasaran. Selepas melepasi satu tahap memerlukan aku OP yg ketat iaitu 1 OP sehari.
Sistem ini aku percaya 100% segala natijahnya adalah dari diri sendiri. Sekiranya aku membuat keputusan yang silap, bermakna aku perlu muhasabah kembali segala ilmu yg aku tertinggal semasa decision making.
Sepanjang tempoh 3 tahun ini, aku cuba utk tidak withdraw any money. Ini perlu supaya aku sentiasa objektif dalam menjejak kaki ke pintu jutawan. Prinsip jutawan in the process ini juga mendidik aku utk melihat kepada kualiti yg ada dalam diri sepanjang penglibatan.
Selepas aku mencapai matlamat misi, aku akan withdraw sejumlah wang untuk melangsaikan hutang piutang dan juga menabung ASB untuk keluargaku. Selain itu aku akan memindahkan wang kepada bentuk hartanah yang boleh menjana pulangan konsisten sepanjang tahun.
Aku niatkan untuk berzakat 2.5% kepada Parti PAS supaya dapat memperkasakan pemerintahan bercirikan Islam dan berlandaskan Syariah. Sesungguhnya setiap harta yg diinfakkan ke Fisabilillah akan menjanjikan pahala yg berterusan sehingga hari kiamat.
Doakan misi ini berjaya dan dipermudahkan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan