Ahad, 20 Disember 2009

Mencuba Kaedah Basket Trading

Aku dpt feed dr sifu forex aku Mizee, www.oasiswealthbuilders.com, menganjurkan seminar basket trading system dari pencipta kaedah ini oleh Trader101. Yuran RM2400. Aku berminat sangat tapi sen pula mengekang. So aku surf teknik ini di web dan hasilnya boleh aku simpulkan disini.

Ramai trader termasuk aku mengamalkan kaedah single pair trade dengan alasan lebih fokus dan mudah menjadual matlamat. Jarang orang mencuba trade lebih dari satu melainkan baru nak mencuba. Kaedah basket ini simple, contoh EU,GU,AU, dan lain-lain quote dengan USD, Apabila 1 anchor pair move, lain-lain pair bergerak ikut arah yang sama.Dengan kata lain, USD lemah, semua pair bull, USD kuat, semua pair bear. Walaupun ada perdebatan chain reaction ini, tetapi pengalaman aku mengatakan idea ini relevan. Sifu Mizee pun menekankan kaedah basket ini memang berlaku.

Buat masa ni aku peringkat menguji entry berdasarkan cue. aku akan entry apabila signal semua pair valid. 3 pair dicuba. GU, EJ dan UC. Bukan basket pun. Pasal quote tak sama. Tp aku cuba basket yg low spread dulu. Tambah lagi aku tk ada a/c lain nak dieksperimen. Terpaksa guna akaun misi jutawan juga. Anyway, saiz lot masih rendah mengikut perancangan. aku percaya, jika kaedah basket yg dah 5 tahun lebih diperkenalkan boleh diterima, mengapa tidak diaplikasi pd diri sendiri. Konsep hijarah untuk aku kot....heeee...

Walaubagimanapun, basket trading ada kelemahan, dia mencadangkan stop loss dan monitor trade closely. Perkara ni aku tak dapat buat. Stop Loss adalah virus untuk minda tenang. Monitor closely adalah untuk full time trader yang memang fokus memorex. Better ambil intipati penting saja kot. Yang lain, tunggu dan lihat dulu performance.

Sabtu, 19 Disember 2009

Mengikut Membuta Tuli

Dalam komuniti Forex ini tak lari dari pengaruh trader yg kita kenali. Orang yang sudah sukses sistem trading lagi dicari dan diikuti. aku pun sama. Janji dapat profit, ye? Akhir-akhir ini aku sering monolog sendirian tentang misi kejutawanan aku dan keperluan aku. Ada beza. Misi kejutawanan bermula dari USD 10. Tiada tambahan dan pengeluaran sehingga misi tercapai USD 1 million. Keperluan hidup pula seolah-olah memerlukan aku mengubah strategi dapat gaji, campak Forex, trading, nak pakai keluarkan. Sememangnya sangat sukar untuk mendisiplinkan diri ke arah itu. Kedua-dua isu ini tetap memberi sesuatu. Duit...

Dari sudut pandangan aku, apabila sudah tetapkan matlamat, cara pula menjadi isu lain. Ada 1 sistem yang terbaik setakat ini. Merdekarama SE. Sangat mudah. Dalam dilema ini aku pula x boleh nak melangkaui peraturan yang aku tetapkan. Peraturan adalah peraturan. Langgar pantang larang, musibah memang menunggu. Bayangkan apabila 1 hari saja aku tak sabar, wang yang terkumpul kembali ke pasaran. Bermula dari bawah. Tak ke buang masa.

Ada orang mampu menerangkan apa yang difahami dengan Forex. Ada pula yang sukar untuk diterjemahkan. Tengok baru tahu nak cakap apa. Ada pula tak perlu nak fikir-fikir. Buat je. Ikut arahan. Aku tergolong dalam geng orang yang sukar nak terjemahkan Forex kepada orang lain. Aku dah cuba pelbagai teknik, strategi, cara dan setting. Alhamdulillah berkat ada cikgu macam Jero, aku dah nampak asas pergerakan Forex. Kemudian pakai setting Greenpips nampak lagi selok belok. Kemudian tukar kepada Merdekarama, lebih accurate entry.

Jadi aku cuba lagi mencari jawapan dalam sebulan dua lagi. Setakat ini aku teruskan perjuangan yg ada.

Ahad, 13 Disember 2009

Misi Menjadi Jutawan

Setelah aku melalui pelbagai ranjau dan duri Forex, aku sudah bertekad utk melakukan sesuatu yg bermakna sepanjang penglibatan aku di arena ini. Misi Menjadi Jutawan. Aku sudah ketemu dengan sistem dan cara yang ampuh untuk menakluk pasaran kini tibalah masa yang sesuai untuk aku ke medan perang dengan cara aku ini.

Misi ini aku mulakan dengan USD 10. Target daily aku hanya 50 pips sekurang-kurangnya. Dan aku telah membuat jadual target menggunakan Excel, misi ini akan tercapai pada 3 tahun lagi kepada USD 1 Million. Saiz aku menggunakan teknik dinamik dimana aku memberi ruang pasaran bermain dalam lingkungan 3000pips.

Disiplin misi ini juga aku tetapkan sebagai dinamik mengikut tahap kecairan pasaran. Sekiranya ada ruang untuk aku membuka lebih dari 1 OP, aku akan berusaha mengganda profit mengikut level yang munasabah. Pada peringkat permulaan ini, aku akan biarkan OP mengikut kemahuan pasaran. Selepas melepasi satu tahap memerlukan aku OP yg ketat iaitu 1 OP sehari.

Sistem ini aku percaya 100% segala natijahnya adalah dari diri sendiri. Sekiranya aku membuat keputusan yang silap, bermakna aku perlu muhasabah kembali segala ilmu yg aku tertinggal semasa decision making.

Sepanjang tempoh 3 tahun ini, aku cuba utk tidak withdraw any money. Ini perlu supaya aku sentiasa objektif dalam menjejak kaki ke pintu jutawan. Prinsip jutawan in the process ini juga mendidik aku utk melihat kepada kualiti yg ada dalam diri sepanjang penglibatan.

Selepas aku mencapai matlamat misi, aku akan withdraw sejumlah wang untuk melangsaikan hutang piutang dan juga menabung ASB untuk keluargaku. Selain itu aku akan memindahkan wang kepada bentuk hartanah yang boleh menjana pulangan konsisten sepanjang tahun.

Aku niatkan untuk berzakat 2.5% kepada Parti PAS supaya dapat memperkasakan pemerintahan bercirikan Islam dan berlandaskan Syariah. Sesungguhnya setiap harta yg diinfakkan ke Fisabilillah akan menjanjikan pahala yg berterusan sehingga hari kiamat.

Doakan misi ini berjaya dan dipermudahkan Allah.