Sedikit pengenalan Angkasa, organisasi ini telah ditubuhkan oleh YM Prof Diraja Ungku Aziz dengan matlamat untuk menyatukan semua koperasi di Malaysia di bawah satu bumbung. Selain itu, penubuhan Angkasa juga bertujuan untuk meningkatkan lagi daya ekonomi koperasi-koperasi khususnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Sebagai seorang pemerhati, adalah wajar sekiranya kepimpinan Angkasa merobah cara pendekatan dalam usaha membangunkan koperasi. Program-program keusahawanan dapat membantu, tetapi itu bukanlah satu-satu pilihan yang ada. Seharusnya Angkasa memimpin koperasi dalam aspek muamalat masyarakat.
Muamalat masyarakat terdiri dari aspek ekonomi, pembangunan industri, pembangunan sakhsiah dan akhlak serta semua nilai-nilai murni yang lain. Sebagai contoh pembangunan ekonomi. Penulis gemar menggunakan prinsip ekonomi pertubuhan Al-Arqam. Walaupun diharamkan oleh kerajaan disebabkan ajaran yang menyimpang agama, pertubuhan ini mengutama penjualan produk anggota dan menghadkan produk-produk luar di kedai mereka. Dari segi bahan pembacaan, mereka mempunyai akhbar dan majalah yang sentiasa dikemaskinikan dengan bahan-bahan ilmiah.
Berbalik kepada isu koperasi, organisasi ini berasaskan keuntungan dan kebajikan. Carilah mana-mana organisasi yang lebih mulia dari koperasi. Anda boleh menemukan dengan beberapa contoh, tetapi bukannya koperasi. Inilah isu yang saya cuba bincangkan bersama anda. Sebuah organisasi yang mulia tetapi tidak mencapai matlamatnya.
PKR suke lompat bro ape cite.
BalasPadamBagus juga lompat, 2 beruk tu semua orang tak mau. Be eNd yg kemaruk nak beruk busuk tu. Lgpun, beruk tu tak nak balik Perak dah. Takut dibaling kasut. Kasut CLARK RM 300.00 aku. hahahaha
BalasPadamAngkasa nk ke bulan ke ape? kalau bulan tu...PAS lah.....PKR? Parti Kena Rasuah?
BalasPadamHarap PKR ambil calon2 yangl lebih beribawa dan istiqamah la.
BalasPadam