Selasa, 24 Februari 2009

first time tulis blog pakai n96, gempak sih

aku dah jatuh cinta ruang blog. Boleh blasah tulis apa saja. Pastu kongsi pendapat dgn public. Setakat ni x ada lg yg komen isu aku hehe. Belum taraf pemikir agung lg.
Isu skrg ni ialah mcmana aku nak settle cashflow koop dlm 3 hari. Apalagi, yahoo je lah pakai tefon. Laptop x bw balik sbb hujan petang td. Ok, apa yg menarik isu cashflow ni. Utk rekod, dari 60 org geng akaun aku hanya 5 org kot yg tere buat cashflow.
Aku tmsk dgn 55 yg buta cashflow. Tolak pd bos aku settlekn, dia tolak ke aku balik. Kesian gak bos. Da mcm kubu perang dia timbun fail client. Ok apa yg aku dpt dr yahoo td ialah formula cash flow. Net income + cash in - cash out. Non cash income plus or deduct depends items nya.
So pd 55 org geng akaun ni. Rajin2 study akaun client korg. Woke. Time out. Tido.

Isnin, 23 Februari 2009

Lagi-Lagi Masalah Akaun

Setakat hari ni aku dah siapkan 1 akaun koperasi, lagi 4 menanti. Ini yang lemah badan nak sambung buat. Aku pun tak faham jugak koperasi yang menyediakan sumber maklumat. Benda paling basic dalam dunia pun diorg tak sediakan. Masalah sekarang macamana org macam aku nak bantu diorg. Takkan nak reka sesuka hati. Terpaksa lah aku menggunakan kuasa mempengaruhi dengan sepowernye. Pengaruh supaya org yang berkenaan buat kerja yang betul.

Cerita buat kerja betul ni sebenarnya ramai orang tak faham kerja sendiri. Sibuk buat kerja hal orang lain. Contoh la, bendahari bertanggungjawab sepenuhnya pada akaun koperasi. Tapi handle kerja-kerja ladang, kedai, dan segala macam kerja yang boleh upah orang lain buat. Kerja berkaitan akaun langsung terabai. Belum lagi berpolitik. Bab ni yang lagi aku tak faham. Kekadang kerajaan berhati mulia nak bantu koperasi, tapi org-org kerajaan yang berpolitik pulak. Bukan nak bantu koperasi. Sorry lah, aku ter'generalise'.

So skrg ni department aku pulak nak dirombak. Dah cantik dah kerja mulia aku ni, skrg ydp pulak yang fikir kerja ni membazir. Bantu org buat akaun, tak ke bagus namanya. Akaun dah siap, koperasi boleh teruskan operasi macam biasa. Kalau ada masalah, pihak aku boleh bantu selesaikan. Free of Charge. Lain la cerita kena bayar caj profesional. Kalau koperasi bermasalah, operasi tergantung. Tak boleh menyumbang KWAP. Organisasi jugak yang tak dapat income.

Cerita side income, byk jugak org buat side income cara tak beretika. Aku faham nak cari makan. Tapi tak payah lah burukkan reputasi orang lain. Ada juga lah syarikat yang tak puas hati kerja aku sebab soru dia miss. Patut diorang kena tgk broad spectrum. Gambaran besar! Aku bantu koperasi. Aku tak bantu bisnes individu. kan lg byk syarikat sdn bhd nak kena audit. Koperasi ni sebahagian dari income diorg je. Lainkali buat marketing sikit. Zaman sekarang duduk melepak, suap sana sini, tunggu duit masuk cara jahiliyah. Sebab tu x maju ke depan.

Minta maaf lah terkomen pedas sikit. Aku cuma nak meluahkan rasa hati. Tak luah nanti jadi gile meroyan. Meroyan akaun hihi. Aku ambil iktibar, pas ni aku kena upgrade PR aku. Baru le laju kerja aku. Astalavista.

Isnin, 16 Februari 2009

Analisa Peranan ANGKASA

Sedikit pengenalan Angkasa, organisasi ini telah ditubuhkan oleh YM Prof Diraja Ungku Aziz dengan matlamat untuk menyatukan semua koperasi di Malaysia di bawah satu bumbung. Selain itu, penubuhan Angkasa juga bertujuan untuk meningkatkan lagi daya ekonomi koperasi-koperasi khususnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sebagai seorang pemerhati, adalah wajar sekiranya kepimpinan Angkasa merobah cara pendekatan dalam usaha membangunkan koperasi. Program-program keusahawanan dapat membantu, tetapi itu bukanlah satu-satu pilihan yang ada. Seharusnya Angkasa memimpin koperasi dalam aspek muamalat masyarakat.

Muamalat masyarakat terdiri dari aspek ekonomi, pembangunan industri, pembangunan sakhsiah dan akhlak serta semua nilai-nilai murni yang lain. Sebagai contoh pembangunan ekonomi. Penulis gemar menggunakan prinsip ekonomi pertubuhan Al-Arqam. Walaupun diharamkan oleh kerajaan disebabkan ajaran yang menyimpang agama, pertubuhan ini mengutama penjualan produk anggota dan menghadkan produk-produk luar di kedai mereka. Dari segi bahan pembacaan, mereka mempunyai akhbar dan majalah yang sentiasa dikemaskinikan dengan bahan-bahan ilmiah.

Berbalik kepada isu koperasi, organisasi ini berasaskan keuntungan dan kebajikan. Carilah mana-mana organisasi yang lebih mulia dari koperasi. Anda boleh menemukan dengan beberapa contoh, tetapi bukannya koperasi. Inilah isu yang saya cuba bincangkan bersama anda. Sebuah organisasi yang mulia tetapi tidak mencapai matlamatnya.