Salam,
Pagi ni salah seorg rakan aku bertanya khabar. Soalan pertama yang terpacul, "mcmana, dah jadi jutawan ke belum?". Persoalan ini memberi seribu tafsiran dlm otak aku. Kemudian aku terus buat tanggapan, dia ni faham ke tidak konsep jutawan ni.
Ok, mari bermuhasabah. Berapa ramai dikalangan kita yang bercita-cita untuk menjadi jutawan? Jawapannya pasti, semua di antara kita mahu jadi jutawan. Tapi tahu ke caranya?
Kita pecah kan nilai itu menjadi pelan. Nilai berapa kita perlu simpan untuk jadi sejuta dalam masa sebulan. Let say umur kita 25tahun. Target kita umur 50 tahun. Maka simpanan bulanan kita ialah
Rm1,000,000.00 bahagi 300 bulan bersamaan RM3,333.33. Ini bermakna Gaji kita mestilah lebih dari RM3,333.33. Berapa ramai di antara kita yg berada dalam lingkungan gaji 3500 ke atas. Tak semua org diantara kita begitu.
Objektif utama perancangan kewangan ialah bagaimana utk hidup bahagia. Anda semua harus ingat. Duit yg kita simpan mempunyai tujuan. Ada matlamat bg setiap individu. Ada yg ingin menyediakan duit utk selepas bersara(skim pencen), ada yg berhajat nak membeli rumah teres 2 tingkat (yg menetap di bandar), ada juga persediaan utk haji dan pelbagai lg sebab musabab.
Untuk mencapai matlamat, kita biasanya menabung dalam unit amanah. Popularnya ASB. Pulangan secara purata 8% setahun. Ada yg menyimpan di Tabung Haji yang pulangan purata 6% setahun. Ada yg tak kisah simpan kat mana2. Janji duit selamat.
Dalam perancangan kewangan, matlamat ini komprehensif. Kita menguruskan hutang sambil menyimpan. Kita harus tahu bagaimana pulangan dari simpanan tersebut terjadi. Dari sini kita lebih memahami konsep pelaburan yg bijak.
Satu contoh yg aku boleh berikan. Pendapatan purata bulanan keluarga aku dalam RM4,500.00 dan perbelanjaan tetap bulanan aku rm 3500. Lebihan duit aku gunakan untuk menabung di ASB kerana pulangan secara konsistennya 8%. Katakan Aku bermula pada bulan januari 2010. Jumlah tabungan Pada awal januari 2011 berjumlah RM12,000. So dividen aku dapat pada tahun tersebut ialah RM 960.00. Aku teruskan plan menabung ini selama 5 tahun. Hasil tabungan aku pada penghujung 2015 berjumlah RM 65,126.00 berbanding simpanan tanpa dividen hanya RM 60,000. Aku telah ganda kan wang simpanan secara compounding. Inilah yg dikatakan pelaburan bijak. Kita tak perlu ambil dividen pelaburan. Kita laburkan semula bersama-sama nilai pokok.
Let say, selepas 5 tahun aku berhajat nak beli proton exora berharga 75000 dengan instalment rm 800 sebulan. Duit 5126.00 aku bahagikan 12 bulan, so aku dapat purata bulanan rm 427.00 sebagai tambahan untuk byr instalment kereta. So korg nampak tak ilustrasi yg aku buat ni.
Inilah dipanggil asas pelaburan. Kita boleh gunakan peluang yg ada contohnya ODASB yg tgh laku mcm pisang goreng. Kita wat double investment. Buat loan RM60k park ASB. Buat ODASB. withdraw kesemua masuk ASB. automatiknya starting amount kita Rm 100k++. So imagine 1st year dividen dalam rm8000. Gunakan dividen tu byr loan korg. gaji korang tak jejas. Korang masih boleh saving dlm FD lgi bulan bulan.
So secara tidak langsung, korang mampu menjadi jutawan pada masa 20 tahun. so bila lagi nak tgk org melayu yg bijak kewangan tersenarai sebagai jutawan sekiranya kita tak mulakan langkah perangcangan dengan berkesan.
salam
BalasPadammacamana nak doublekan , triplekan OD atau teknik super ASW vs ODASB.
saya nak tahu sangat sbb skrg baru ada OD sahaja.