Salam semua. Dah lama aku tak boleh menulis kerana aku rasa dah letih berfikir tentang skill yg aku cuba ke arah jutawan ni. Dah sebulan, akaun trading aku jadi tunggang langgang. Memang mengharukan sebab aku cuba pelbagai skill untuk memantapkan cara pengambilan pips.
Sekarang akaun aku undercontrol. Margin level pun selesa hampir 10000%. So, next week aku akan cuba settlekan 6 OP yg -ve. Doakan aku tetap konsisten pengambilan pips. Ok, sekarang aku nak huraikan kenapa teknik rapid 10 pips aku kena dan menguntungkan.
Bila kita trading dengan akaun yg x ada floating, kita lebih suka ambil pendekatan tabur. T/P kita set dekat 50/100/200 pips. Mostly kita akan floating +ve. Kemudian, lama sangat nak tunggu kita tinggalkan komputer dan buat urusan lain dengan harapan kita hit T/P. Turns out, kita balik semula dan lihat OP tu jadi negative. Dari sikit kemudian ke beratus pips. Silap haribulan MC terus.
Aku nampak normal permainan ni macam tu. Mula-mula trading kita dah fokus pada habuan pips. Berangan 100 pips sekali entry. Salah tu. Mula-mula buka laptop kita kena biasakan cari trend. Biasakan analisis dari weekly. Kalau perlu buat catatan/tanda/garis. Kemudian buka daily buat note. H4, H1, M30,M15 dan M5. Kita cari apa yang common dalam nota kita. Samada dari segi trendnya UT/DT. dari segi OBought/OSold. Dari segi S&R. Ikut kesukaan masing2. Pastu baru on mode trading di M5. setkan dalam kepala kita trading kerana merujuk TF apa. TF5 kepada H1/H4 atau TF5 kepada TF15/30. Kita trading 1 hala. OP dengan T/P 10. Setiap kali hit T/P tunggu price correction dalam 7/8 pips. OP lagi. Janji satu hala. Sehingga lah TF rujukan kita dah overbought/sold.
Ketika itu, semak history, berapa pips dah sapu. 50?100?150? tutup komputer rehat/tenangkan diri. Bila mental dah okay dalam sejam dua kita ulang step kita dari awal. Biasa aku akan spend 2 jam berkualiti buat kerja ni. Hasilnya tak kurang 50 pips. dari free margin aku suku dari balance aku floating sebab main hentam keromo. Sekarang floating aku dalam lingkungan 10% balance. Still aku boleh up kan lagi untuk hari2 mendatang.
Bila kita trade, jangan sibuk tanya orang masuk pos apa, signal apa, indi apa. Fokus pada indi kita ada. Kita serasikan dulu dengan situasi market pada masa itu.Jangan lah main belasah cara ni masa market slow. OP sewaktu price dalam proses consolidate memang nahas jugak. Biasakan OP setelah kita sure price bergerak dalam keadaan yang kita fahami..