Isnin, 12 Oktober 2009

Aku tanya sifu, aku pulak yang confuse




Ini entry aku untuk minggu ni. Sebenarnya aku agak tak faham setting sifu aku. Dia kata downtrend kat D1 dan Weekly, aku nampak D1 Sebaliknya. Weekly mungkin boleh kata long term downtrend. Cuma agak masak jugak nak faham direction ni. Anyway, sifu aku kata kalau nak float long suka hati. Tapi semua masih downtrend. Ni yang aku pening, nak close pos atau wait until H4 touch william range -20. Aku pilih wait saja nak tutup pos disamping cari peluang entry short yang sesuai. Kena cari jawapan jugak dalam situasi divergence ni.

Khamis, 8 Oktober 2009

Alhamdulillah hit target profit

2 hari aku floating GU Long, hari 3 pos sukses T/P menjadikan account growth aku 110%. Actually aku buleh entry lagi tp kali ni aku mengambil sikap bila dah capai target 10%, aku rehat tenangkan fikiran. Banyak lagi hari boleh trading.

Aku kobek forum FXOpen. tertarik pulak ada yang promote EA transformer bercirikan Martingale. yang buat aku suspen account balance kawan tu dah USD 2Million dengan EA tu, mak datuk, mcm tu tak yah la kije makan gaji. Separuh tabung, separuh buat belanja hidup sampai mati. Tapi aku baca tuan tanah tu masih kije makan gaji. Ni buat aku konfius statement orang yang mempromosi. mcm biasa kena jadi affiliate dia baru dia bagi EA.

Sebenarnya aku dapat rasakan ada 'sesuatu' tak kena bila ada org mempromosikan EA yang ultimate. Hujah pertama, if orang tu dah capai jutawan, dia tak buang masa berforum nak suruh org jadi komuniti dia. Supertrader ni sifatnya berahsia. Even sifu kuasa forex pun halakan income dia ke hartanah. Payung sebelum hujan. Still dia kata ada lagi trader sukses yang byk hartanah dr dia. maknanya masih wujud supertrader dari supertrader tadi. Orang yang kita tak tahu.

Hujah kedua, dia makan gaji lagi sedangkan dia boleh jadi pro trader. Kije juga. Kije sendiri.

Hujah ketiga, dia nak tikus mondokkan komuniti dia. Sometimes ada hidden agenda. Prinsip forex ni kan TAYOR. Trade at your own risk. Buatnyer dah ramai ada berjuta-juta, broker dia buat tergeliat dan melingkup. Tuan tanah tu boleh lari. Org pun tak kenal muka dia. Semuanya online. Buh gambar hans isaac pun boleh.

So, better be careful dengan statement org. Tak kisah amik masa berfikir.

Sometime kita rakus nak duit. Kita sebat semua peluang, tak kira la peluang baik ke, peluang buruk ke, peluang hancus ke, kita redha je. Biasa la prinsip jihad. Berfikir dulu peluang jenis apa. Peluang baik jangan dilengah lagi. Peluang buruk, tapis dulu. Sanggup amik risiko go ahead. Peluang hancus, better brainwash lagi dan reprogram kepala kita. takkan kita nak terjun telaga buta sekali dgn semua yang kita ada.

Aku cukup respek dengan sifu WHA aka merdekarama. Dah 2 minggu dia tak update blog. Maksudnya dia dalam proses eksperimen benda baru. Maknanya orang jenis ni memang fokus dan memahami risiko. Inilah guru yang betul. Sifu aku Jero pun macam tu jugak. Kalau 2 kali call x angkat maknanya dia dlm proses decision making. Sebarang gangguan menyebabkan tekanan. Tekanan menyebabkan salah pertimbangan. akhirnya jiwa kacau.

Cuba amalkan Jeda. Istilah big boss lama aku pak Ungku. Kita berhenti rehat seketika dan berfikir sejenak. Aku cuba amalkan begini, kalau dah dpt tangkap trend permulaan, aku akan estimate berapa pips boleh pergi. aku akan buka 2 pos. satu T/P tinggi dan 1 lagi T/P rendah. Kemudian aku buka lagi 1 pos kat M5 untuk scalping sikit sikit. Cari arah yang sama. Katakan aku entry 6 pos semua T/P, aku akan berhenti trading dan ambil angin dulu, tenangkan fikiran biarkan market terus bergerak. Paling baik gi makan. Bagi kenyang dan tenaga. Lepas 4 jam baru aku buka balik metatrader. tengok setup yang baru, kalau dah sesuai entry, if not I call it a day. Simple. Kita relax dan happy.

Sampai bertemu lagi.

Rabu, 7 Oktober 2009

Matlamat pelaburan

Aku ada satu plan untuk forex trading aku. Aku cedok dari idea orang, kumpulkan dan eksperimen. Macam ni, Aku ada kad kredit Bank Islam. Aku cucuk duit RM 3,000 dengan caj hanya RM 36 saja. Pastu aku deposit akaun forex lebih kurang USD 810. Kat sini aku dah hilang nilai RM 163 sebab exchange rate. So target profit aku 10% tambah RM 163. Maknanya aku kena jana duit sehingga USD 935 dollar. Size lot aku set pada 0.81. Target winning pips 154 dalam masa 20 hari. After that aku kena withdraw kesemua then bank in ke bank islam. Aku ulang proses sehinggalah aku jumpa plan lain.

Forum Forex - Baca boleh, percaya aku tak tahu

Sebenarnya dalam tempoh 8 bulan berkecimpung forex ni, aku byk study forum dan ebook. Boleh dikatakan dah macam-macam indicator aku sebat dlm forum, ada yang bagus, ada yang kurang bagus, ada sesuai dan ada tidak. Tak dinafikan mengkaji dan mencuba baik, tapi dikala aku dah konsisten trading byk trade aku hit stop loss dan menghancurkan akaun aku. Sedar tak sedar aku repeat semula proses mencari indicator lain dalam forum sehinggalah aku rasa usaha aku ni tak kesudahan sampai aku mati kot.

Persoalan aku selalu tanya, sistem mana yang terbaik dan apa yang aku dpt dari sistem trading orang lain. Bila kita tgk blog otai forex, kita terliur. Aku deposit duit sebab yakin aku dah dapat sistem yang ultimate tak mungkin aku dikalahkan. Kalah juga, kali ni aku betul-betul bingung. Rehat dari trading dekat 2 minggu n then aku terpanggil pula nak mengkaji style trading dari sifu.

Kaji punya kaji akhirnya dah dpt jawapan pasti. Sistem tak salah, yang silapnya ialah pemahaman tentang sifat sistem indicator yang kita pakai. Most of the time, bila market consolidated, aku akan budget price pergi arah berlawanan. Sifu aku kata tak semestinya. Kemudian dia tapis indicator apa yang suit untuk swing trade. Lepas pasang indikator yang bersesuaian, baru lah aku nampak kesilapan aku sebelum sebelum ini.

Sekarang dengan kefahaman sifat indikator aku pakai, aku dapat grow akaun aku 73% dalam masa 5 hari. Agak keterlaluan juga kerana target asal 10%. Tak apa, janji style trading dan minda tetap konsisten. Maknanya aku perlu melalui fasa yang panjang untuk mengatakan aku dah boleh generate income dari forex.

Ramai antara kawan aku yang berminat belajar kerana dengar dan lihat kawan lain berjaya generate duit dari forex. Tapi belum seorang pun yang cukup berminat untuk develop sistem untuk generate profit dari forex. Byk tangan menadah tapi tak banyak yang bertanya kenapa indikator yang dipakai kira lain dari apa yang dilihat. Penerangan kadangkala dipandang rendah, itu sebab ramai yang tak konfiden. Bukan salah indikator tu papar lain dari yang terjadi, Yang silap adalah setting untuk indikator tu kira dan behaviour indikator akan match dengan trading style.

Penerangan sifu aku cukup bagus. Kalau hanya fokus position trading, setting kena ubah supaya dipanjangkan sikit pengiraannya. Sebaliknya untuk scalping, setting kena cepatkan dan ada disiplin exit dengan pips yang specific. Sebagai trader yang bijak perlu analisis timeframe besar weekly, daily, 4 hour utk dptkan clue price action. Selebihnya dia akan attack pada timeframe kecil. Sifu aku buat cara begini dan disiplin exit dia juga agak ketat. once pips dah positif 5 hingga 10 pips terus lock profit 1 pips. Walaupun letih nak tunggu set-up yang lain, yang penting akaun dijaga dengan serius.

Aku selalu juga tanya tentang setting indikator pada otai-otai forum dan jawapan banyak kali tergantung. Ada baiknya bersemuka dan belajar sendiri dari otai kerana tak semua perkara dapat dijelaskan dengan sebaris ayat yang mudah.

faktor menang dalam trading agak subjektif. Seperti sifu aku, menang cepat memberi imej trading yang haru-biru manakala menang lambat memberi imej kurang peka perubahan. Yang sesuainya kena alert setiap perubahan. Most of the time, kita lambat sikit nak terima hakikat dalam forex ni gerakannya dalam bentuk cyclical. Yang naik mesti turun. Kalau kita study H4 pun dah boleh jerat 20 pips dengan senang. Money management kena disiplin lagi. Ambil tips ni, (free margin X 2%) bahagi 20 pips. Maknanya dari USD 50 kita boleh trade dengan size 5 sen sahaja. Tetapkan 5 sen setiap trade sehingga akhir bulan. Bila dah close akaun bulanan, adjust size ikut MM tadi. InsyaAllah money management macam ni boleh menenangkan hati apabila floating berpuluh batu pun. janji kena follow trend lah.

Seperkara lagi yang aku boleh kongsikan, trading tak pakai stop loss ni memang goyang. Tapi trading tak pakai stop loss ni yang beri konfiden lebih. Mentaliti kita kuat. Even ada 20 pos yang floating berpuluh-puluh pips pun kita tetap tenang. Tapi kena ada pemahaman arah dalam timeframe besar.

Pengalaman aku tak seberapa ni dlm chart analysis, if ada noise/spike/whipsaw atau apa saja istilah orang, trend akan follow juga direction dalam time frame besar. dan whipsaw timeframe kecil ni biasanya purata bergerak 100 - 200 pips, tak lebih. pair GU la, EU, whipsaw dia lagi hebat 100-300 pips. kalau akaun ciput, saiz besar better letak stop loss setiap trading.

Sampai berjumpa lagi.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Takut Kehilangan

Dalam perniagaan Forex, rugi adalah perkara terakhir yang kita fikirkan. Ia bukan pilihan. Siapa yang hendak rugi, betul tak? Realitinya kita akan rugi. Sekalipun kita dah memang trading tanpa kalah lebih 50 kali, kita tetap akan menemui 1 trade yang rugi. Jadi terima hakikat yang kita ada 50 - 50 chance utk untung dan rugi.

Kita bincang tentang kerugian. Dah berapa kali anda rugi trading. Berapa banyak? Setiap trade rugi tu kita dah kenalpasti punca atau tidak? Adakah kita masih ulangi faktor yang sama setiap kali rugi. Disini cantiknya rugi tu, kita akan ulangi perkara yang sama. Semasa trading, kita yakin bahawa entry pada waktu itu adalah yang terbaik utk menang. Tapi Beberapa minit kita floating berbelas pips, kemudian berpuluh pips. Perasaan berkecamuk. Antara percaya dan tidak keyakinan bahawa price akan kembali positif. Kemudian floating cecah beratus pips. Tak fikir panjang, kita exit. Lega. Tutup komputer dan rehat dengan perasaan bengang. Esok hari bila buka komputer kita tengok price cecah price yang kita buka semalam. Rupanya retrace sampai ke tempat asal. Kaji lagi baru kita perasan, new trend develop di timeframe daily atau weekly.

Haa... kat sini kita baru tahu. Kaji trade yang kita dah buat penting. faktor-faktor rugi kita belum kaji lagi. Main faktor kerugian ialah kita tak rujuk semua timeframe, kita pasang stop loss rapat sangat, trade sewaktu trend tamat dan yang paling biasa, kita takut rugi.

Kerugian ialah satu kajian mendalam yang baik untuk kita dapat clue next action kita. George Soros gunakan analisa kerugian untuk kenalpasti peluang baru untuk bangkit kembali. Begitu juga super trader. Apabila dia sedar position dia rugi dan tiada kemungkinan price kembali positif, dia akan trade ikut direction baru dengan gandakan lot size dengan specific target profit untuk cover kerugian sebelum ini. Apabila kita menghayati kembali rekod trade lampau kita akan nampak strategy trading akan datang.

Jadi disini kita dah tak takut rugi. Kita ada strategi atasi kerugian dengan cara unik. Amalkan money management yang baik untuk kita kembali trading dengan yakin. Kata kuncinya adalah analisa setiap perkara dan cari faktornya.

Entry n Exit Like Pro Trader

Ini adalah ilmu yg aku dpt huraikan sedikit dari perbincangan dengan sifu dan pembacaan. Tak kira trader jenis apa pun, kita harus tahu basic TF utama sebagai rujukan. Timeframe yang kuat adalah Daily dan H4. Kita lebihkan tumpuan kepada 2 timeframe ini. Hormati gerakan pada daily. H4 sebagai current trend.

Teknik scalping pula hanya dilakukan setelah kita pasti arah Daily dan H4. Kemudian H1 sebagai confirmation. Buka M15 utk elakkan entry floating berjam-jam. Buka M5 utk cari peluang entry.

Teknik exit juga bergantung kepada jenis trading yang kita suka. Kalau berpegang kepada daily dan H4, exit selepas trend dah nak habis. Exit bagi scalpers pula biasanya amalkan teknik t/p yang kecil. Contohnya 10 hingga 30 pips. Set target reentry selepas pasti H1 masih kekal trend.

Teknik tabur entry juga menarik. Biasa aku buat, aku entry tak lebih 4 kali pada jangkamasa tertentu. Contohnya pagi aku OP. Tghr aku OP. Lewat petang OP. Malam OP. Teknik ni memerlukan money management lebih rendah dari 2%. Aku pernah tengok Jero OP dekat 30 pos. Tapi hanya satu direction. Senang nak elakkan OP yang SL.

Stop loss diletakkan ikut pemahaman terhadap pair kita suka. Jangan ambil risiko OP kerana malas nak refer any TF. Teknik ni mengundang mismanagement account yang teruk. Set target revenue sebolehnya 10%, tak capai tak apa. Janji kita trading dgn happy.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Power of Compunding

Hari ni aku bersembang dengan bos aku. Isunya ialah mengeluar duit KWSP utk dilabur dlm Public Mutual. Jadi bos aku pop up some idea dgn konsep compounded investment. Contoh begini, katakan kita mula investment dengan Rm 10,000. 1st year kita dapat dividen 10% Rm 1000. Kita labur semula RM11000 then dapat another 10% RM1100. 3rd year invest semula Rm12100. The same whole process until target maturity next 25 years the figure is Rm 108,347.06.

So disini aku dpt satu idea utk buat pelaburan cara tersendiri. Let say aku bermula invest forex USD10. Compounded 10% per month, 120% per year. Next 25 Years the figure is USD 3.6 billion. Tak percaya kira lah sendiri. Dgn duit banyak tu aku rasa we are the richest man in Malaysia. So itu dinamakan the power of compounding. Sebab itulah aku rasa George Soros tidak menyesal sekalipun kerugian USD 500 juta sebab saham jatuh kerana dia tidak melabur untuk short term. Kerana saham jadi murah, dia beli saham Coca cola dalam masa 5 tahun keuntungan dia USD 3 billion. The matter of fact, kesilapan boleh menjadi inspirasi untuk next decision making.

Dalam pelaburan apa-apa pun, kita tak boleh bermimpi jadi jutawan hanya 1 hari. Mengapa aku suka berkawan dengan Jero instead of dia kutuk decision aku stupid tahap melampau. Ini kerana aku akan sentiasa balik dan berfikir apa next step aku utk compete skill dia. Kata kuncinya ialah bagaimana kita membuat keputusan dalam keadaan tertekan. Result lampau adalah pengajaran. Masa depan adalah penentuan. Kita tak akan tahu apa berlaku di masa depan tapi kita boleh meramalkan sahaja. Same thing dalam investment apa-apa pun. If kita berpegang ASB boleh bagi return 8% pa, kita tersilap. ASB beri dividen berdasarkan past performance sahaja. For future kita meramalkan apa yang ASB hadapi dalam risiko kewangannya. Kemungkinan utk beri dividen lebih rendah tetap ada.

Aku bersembang pula dengan Azli, member aku yang suka survey loan. Which one is better. Bagi aku, loan is a bad thing just because we desperately needed for some reason kita terpaksa buat. Tapi prinsip Haji Dolah loan is a leverage to next financial freedom. Which side yang kita tengok. So aku decide buat kad kredit Bank ISlam dan lupakan Personal Loan kerana aku boleh leverage dengan kredit card tu. tarah over-over again dengan sedikit kos but better return.

aku ditanya mengenai halal forex ni. So, jawapan dari sudut syarak masih kabur. tapi kita boleh ambil prinsip perdagangan islam. Tiada riba, tiada penindasan. Forex ada akaun islam yang tiada riba.This is a straight forward market. Bank offer rate, kita jual atau beli rate yang diberi. Same goes for example a car that we bought. If kita beli for 1st time at a certain price, kita tak akan dpt price yang sama jika kita jual kepada orang lain. melainkan org yang nak beli bersetuju dengan harga yang kita tawarkan. Tak kisah lah kereta dah modified dengan semua barang canggih ada. Tapi ada buyer yang sanggup. Dalam forex, kita sanggup terima price yang ditawarkan bank, kita klik button. Then for certain time period, kita puas hati dengan position kita ada. Kita offer kepada bank utk beli pulak. As simple of a button click. profit n loss kita dah awal2 lagi calculate. Risk ada, tapi minimisekan sebaik-baiknya. Bak kata jero, nak entry position awal boleh tapi risiko besar. Tak confirm trend. So masuk bila trend terang2 confirm. Dari main saiz 2%, main saiz 4% MM. Sama jugak perginya. Bezanya trade kita secure.

aku lebih suka mengatakan seorang jutawan menemui cara utk menggunakan peluang dapat duit berkali-kali. Bukan seorang jutawan menemui duit untuk bergelar jutawan. Kalau ada itulah dreamers. Dapat duit menang kontrak juta2 seronok la. Bila x ada kontrak, menganga balik. baik kita hindar dari berfikiran begitu. Sebaik-baiknya, kita develop dulu ilmu kita. aku akui dah lebuh RM2000 main forex. jero lebuh RM 70,000. Tapi baru ni dia withdraw RM 100,000. Dan dia boleh withdraw lagi dan lagi. tak ada limit. Itulah dikatakan cara guna peluang. Jero dah beli restoran dan ada 25 worker lagi. Dapat kontrak catering sikit-sikit just to make things better dari dok rumah 24 jam sehari. Bagi aku dats a lot of improvement.

The keyword, guna duit sebagai leverage.