Jumaat, 18 Mac 2011

Setting Kod Biro Pada SPBA


Log: 15032011
Lokasi: Kop Guru-Guru Melayu Kuala Kangsar dan Hulu Perak Bhd

Setting kod biro sudah dibuat oleh farhana. Oleh kerana koperasi menggunakan kod biro yang baru bagi setiap pembiayaan baru, maka semua kod biro disetkan.

Catatan:
Link lejar 1 dan lejar 2 perlu dikemaskini

Jumaat, 22 Januari 2010

Lama Tak Menulis Kerana Menguji Ilmu Forex

Salam semua. Dah lama aku tak boleh menulis kerana aku rasa dah letih berfikir tentang skill yg aku cuba ke arah jutawan ni. Dah sebulan, akaun trading aku jadi tunggang langgang. Memang mengharukan sebab aku cuba pelbagai skill untuk memantapkan cara pengambilan pips.

Sekarang akaun aku undercontrol. Margin level pun selesa hampir 10000%. So, next week aku akan cuba settlekan 6 OP yg -ve. Doakan aku tetap konsisten pengambilan pips. Ok, sekarang aku nak huraikan kenapa teknik rapid 10 pips aku kena dan menguntungkan.

Bila kita trading dengan akaun yg x ada floating, kita lebih suka ambil pendekatan tabur. T/P kita set dekat 50/100/200 pips. Mostly kita akan floating +ve. Kemudian, lama sangat nak tunggu kita tinggalkan komputer dan buat urusan lain dengan harapan kita hit T/P. Turns out, kita balik semula dan lihat OP tu jadi negative. Dari sikit kemudian ke beratus pips. Silap haribulan MC terus.

Aku nampak normal permainan ni macam tu. Mula-mula trading kita dah fokus pada habuan pips. Berangan 100 pips sekali entry. Salah tu. Mula-mula buka laptop kita kena biasakan cari trend. Biasakan analisis dari weekly. Kalau perlu buat catatan/tanda/garis. Kemudian buka daily buat note. H4, H1, M30,M15 dan M5. Kita cari apa yang common dalam nota kita. Samada dari segi trendnya UT/DT. dari segi OBought/OSold. Dari segi S&R. Ikut kesukaan masing2. Pastu baru on mode trading di M5. setkan dalam kepala kita trading kerana merujuk TF apa. TF5 kepada H1/H4 atau TF5 kepada TF15/30. Kita trading 1 hala. OP dengan T/P 10. Setiap kali hit T/P tunggu price correction dalam 7/8 pips. OP lagi. Janji satu hala. Sehingga lah TF rujukan kita dah overbought/sold.

Ketika itu, semak history, berapa pips dah sapu. 50?100?150? tutup komputer rehat/tenangkan diri. Bila mental dah okay dalam sejam dua kita ulang step kita dari awal. Biasa aku akan spend 2 jam berkualiti buat kerja ni. Hasilnya tak kurang 50 pips. dari free margin aku suku dari balance aku floating sebab main hentam keromo. Sekarang floating aku dalam lingkungan 10% balance. Still aku boleh up kan lagi untuk hari2 mendatang.

Bila kita trade, jangan sibuk tanya orang masuk pos apa, signal apa, indi apa. Fokus pada indi kita ada. Kita serasikan dulu dengan situasi market pada masa itu.Jangan lah main belasah cara ni masa market slow. OP sewaktu price dalam proses consolidate memang nahas jugak. Biasakan OP setelah kita sure price bergerak dalam keadaan yang kita fahami..

Ahad, 20 Disember 2009

Mencuba Kaedah Basket Trading

Aku dpt feed dr sifu forex aku Mizee, www.oasiswealthbuilders.com, menganjurkan seminar basket trading system dari pencipta kaedah ini oleh Trader101. Yuran RM2400. Aku berminat sangat tapi sen pula mengekang. So aku surf teknik ini di web dan hasilnya boleh aku simpulkan disini.

Ramai trader termasuk aku mengamalkan kaedah single pair trade dengan alasan lebih fokus dan mudah menjadual matlamat. Jarang orang mencuba trade lebih dari satu melainkan baru nak mencuba. Kaedah basket ini simple, contoh EU,GU,AU, dan lain-lain quote dengan USD, Apabila 1 anchor pair move, lain-lain pair bergerak ikut arah yang sama.Dengan kata lain, USD lemah, semua pair bull, USD kuat, semua pair bear. Walaupun ada perdebatan chain reaction ini, tetapi pengalaman aku mengatakan idea ini relevan. Sifu Mizee pun menekankan kaedah basket ini memang berlaku.

Buat masa ni aku peringkat menguji entry berdasarkan cue. aku akan entry apabila signal semua pair valid. 3 pair dicuba. GU, EJ dan UC. Bukan basket pun. Pasal quote tak sama. Tp aku cuba basket yg low spread dulu. Tambah lagi aku tk ada a/c lain nak dieksperimen. Terpaksa guna akaun misi jutawan juga. Anyway, saiz lot masih rendah mengikut perancangan. aku percaya, jika kaedah basket yg dah 5 tahun lebih diperkenalkan boleh diterima, mengapa tidak diaplikasi pd diri sendiri. Konsep hijarah untuk aku kot....heeee...

Walaubagimanapun, basket trading ada kelemahan, dia mencadangkan stop loss dan monitor trade closely. Perkara ni aku tak dapat buat. Stop Loss adalah virus untuk minda tenang. Monitor closely adalah untuk full time trader yang memang fokus memorex. Better ambil intipati penting saja kot. Yang lain, tunggu dan lihat dulu performance.

Sabtu, 19 Disember 2009

Mengikut Membuta Tuli

Dalam komuniti Forex ini tak lari dari pengaruh trader yg kita kenali. Orang yang sudah sukses sistem trading lagi dicari dan diikuti. aku pun sama. Janji dapat profit, ye? Akhir-akhir ini aku sering monolog sendirian tentang misi kejutawanan aku dan keperluan aku. Ada beza. Misi kejutawanan bermula dari USD 10. Tiada tambahan dan pengeluaran sehingga misi tercapai USD 1 million. Keperluan hidup pula seolah-olah memerlukan aku mengubah strategi dapat gaji, campak Forex, trading, nak pakai keluarkan. Sememangnya sangat sukar untuk mendisiplinkan diri ke arah itu. Kedua-dua isu ini tetap memberi sesuatu. Duit...

Dari sudut pandangan aku, apabila sudah tetapkan matlamat, cara pula menjadi isu lain. Ada 1 sistem yang terbaik setakat ini. Merdekarama SE. Sangat mudah. Dalam dilema ini aku pula x boleh nak melangkaui peraturan yang aku tetapkan. Peraturan adalah peraturan. Langgar pantang larang, musibah memang menunggu. Bayangkan apabila 1 hari saja aku tak sabar, wang yang terkumpul kembali ke pasaran. Bermula dari bawah. Tak ke buang masa.

Ada orang mampu menerangkan apa yang difahami dengan Forex. Ada pula yang sukar untuk diterjemahkan. Tengok baru tahu nak cakap apa. Ada pula tak perlu nak fikir-fikir. Buat je. Ikut arahan. Aku tergolong dalam geng orang yang sukar nak terjemahkan Forex kepada orang lain. Aku dah cuba pelbagai teknik, strategi, cara dan setting. Alhamdulillah berkat ada cikgu macam Jero, aku dah nampak asas pergerakan Forex. Kemudian pakai setting Greenpips nampak lagi selok belok. Kemudian tukar kepada Merdekarama, lebih accurate entry.

Jadi aku cuba lagi mencari jawapan dalam sebulan dua lagi. Setakat ini aku teruskan perjuangan yg ada.

Ahad, 13 Disember 2009

Misi Menjadi Jutawan

Setelah aku melalui pelbagai ranjau dan duri Forex, aku sudah bertekad utk melakukan sesuatu yg bermakna sepanjang penglibatan aku di arena ini. Misi Menjadi Jutawan. Aku sudah ketemu dengan sistem dan cara yang ampuh untuk menakluk pasaran kini tibalah masa yang sesuai untuk aku ke medan perang dengan cara aku ini.

Misi ini aku mulakan dengan USD 10. Target daily aku hanya 50 pips sekurang-kurangnya. Dan aku telah membuat jadual target menggunakan Excel, misi ini akan tercapai pada 3 tahun lagi kepada USD 1 Million. Saiz aku menggunakan teknik dinamik dimana aku memberi ruang pasaran bermain dalam lingkungan 3000pips.

Disiplin misi ini juga aku tetapkan sebagai dinamik mengikut tahap kecairan pasaran. Sekiranya ada ruang untuk aku membuka lebih dari 1 OP, aku akan berusaha mengganda profit mengikut level yang munasabah. Pada peringkat permulaan ini, aku akan biarkan OP mengikut kemahuan pasaran. Selepas melepasi satu tahap memerlukan aku OP yg ketat iaitu 1 OP sehari.

Sistem ini aku percaya 100% segala natijahnya adalah dari diri sendiri. Sekiranya aku membuat keputusan yang silap, bermakna aku perlu muhasabah kembali segala ilmu yg aku tertinggal semasa decision making.

Sepanjang tempoh 3 tahun ini, aku cuba utk tidak withdraw any money. Ini perlu supaya aku sentiasa objektif dalam menjejak kaki ke pintu jutawan. Prinsip jutawan in the process ini juga mendidik aku utk melihat kepada kualiti yg ada dalam diri sepanjang penglibatan.

Selepas aku mencapai matlamat misi, aku akan withdraw sejumlah wang untuk melangsaikan hutang piutang dan juga menabung ASB untuk keluargaku. Selain itu aku akan memindahkan wang kepada bentuk hartanah yang boleh menjana pulangan konsisten sepanjang tahun.

Aku niatkan untuk berzakat 2.5% kepada Parti PAS supaya dapat memperkasakan pemerintahan bercirikan Islam dan berlandaskan Syariah. Sesungguhnya setiap harta yg diinfakkan ke Fisabilillah akan menjanjikan pahala yg berterusan sehingga hari kiamat.

Doakan misi ini berjaya dan dipermudahkan Allah.

Ahad, 29 November 2009

Akhirnya aku dapat kuasai Forex

Setelah 11 bulan berkecimpung Forex,aku boleh simpulkan teknik aku berjaya. Aku dah jumpa 'Holy Grail' yang aku cari. Bukan satu perjalanan yang mudah untuk menguasai. Berkat kesabaran aku dah boleh buat duit cara ini. Setakat ini saja aku dah boleh generate sekurang-kurangnya 5% sehari. Kenapa aku legih suka 5%? Jawapannya ialah realistik.

Bila aku sebut realistik aku dapat macam-macam feedback dari rakan-rakan Forex. Ada orang tak ada target langsung. Janji cecah ribu-ribu. Itulah feedback yang aku biasa dengar. Berjaya ke target ribu-ribu? Mostly, Margin Call dapat. Sebabnya tak ada teknik sistematik. Main belasah je janji nasib dapat untung. Bila dah floating banyak sangat dah mula menggelabah.

Ikut cara aku. Sentiasa monitor pada H4. Pasang semua setting sistem di H4. Cari satu tabiat pair yang sentiasa konsisten 'cycle'nya. hormati keupayaan pair kita tanpa ragu-ragu. OP dengan Money Management yang tepat. If ada USD30 tapi nak cepat kaya pakai USD1 perlot, tak kan berjaya pun. Bila pair retrace, senafas terus Margin Call. Kemudian set Take Profit yang realistik. Jangan pulak pair kita purata cycle dalam 100 pips kita belasah 300 pips. Kalau kita buat begitu. OP yang menguntungkan boleh jadi merugikan.

Sifu aku selalu berpesan, lebih baik tunggu OP yang boleh kaut pips hijau banyak-banyak berbanding main belasah masuk. Tak sistematik bersamaan hancur akaun trading kita.

Keindahan OP cara aku, peraturannya begini, dari USD30 aku hanya merisikokan USD0.03 per lot. OP pada candle baru H4. Ambil position pada cycle maksimum price arah berlawanan.Tutup PC. Buka balik pada 4 jam kemudian. Next OP pada new candle arah yang sama dengan 1st OP. Set T/P ikut keupayaan pair, contoh GU boleh makan 200-300 pips percycle, aku amik 100pips T/P. GJ boleh makan 500-800 pips per cycle, aku set 200pips T/P. Macam tu lah proses aku sehinggalah trend habis dan aku OP arah berlawanan semula. Sangat sistematik dan berdisiplin. Janji aku boleh OP tanpa ragu-ragu setiap candle yang baru. Simple and profitable. Sistem apa yang aku pakai ni aku hanya share untuk orang yang dah lama training dalam Forex tapi belum juga berjaya.

If ada kelapangan aku bantu. Jika tak aku, hanya bagi tips saja. Aku tak ada servis bagi signal. Jadi susah sikit lah nak dapat servis signal dari aku. Anyway, Happy Trading.

Rabu, 18 November 2009

Perkongsian Pengalaman Dengan Orang Yang Tidak Dikenali

2 hari lepas aku chat dgn seorang hamba Allah yang bermian Forex. Antara perbualan tu, aku perasan yang dia trading setelah diberi information. Lanas aku pun ikut sama trading mengikut cadangan dia. Bezanya dia dapat info exit profit manakala aku memilih floating. Saja nak test ilmu gabungan indi. Sehingga hari ini aku masih lagi floating negatif.

Aku bukan nak menyalah disini. Aku kehairanan macamana agaknya trading dengan cue dari orang lain. Aku tak pernah minta cue dari sifu aku. Malah dia sendiri x berminat nak beri apa2 cue sewaktu trading.

Trading adalah gabungan pengetahuan dan tumpuan mengikut tafsiran aku. Kita memproses data berdasarkan data yang diperolehi dari carta dan kita fokus entry yang kita buat. Bila dah power kemahiran ni. Dah boleh apply skill letak entry dan tinggalkan market untuk uruskan arah yang kita mahu. Tak perlu nak menghadap PC sampai tak boleh bergerak ke mana-mana.

Aku mendapat pengalaman berharga dengan mistakes yang dibuat dan aku dapat muhasabah kenapa entry aku salah time. Aku dapat merumuskan entry sebenarnya tidak mengira waktu/situasi. Adakala kita refer stochastic H4 dan pakai QQE. Adakala kita yakin QQE mewakili keadaan sebenar, adakala kita tgk QQE berlawanan apa yang kita faham. Pernah dengar pasal Divergence? Itu lah kata sifu aku, if price berlawanan indi kita rujuk, price dah masuk kategori divergence, ada cara trading divergence ni kata sifu aku. Dalam ilmunya lagi.