Sabtu, 19 Disember 2009

Mengikut Membuta Tuli

Dalam komuniti Forex ini tak lari dari pengaruh trader yg kita kenali. Orang yang sudah sukses sistem trading lagi dicari dan diikuti. aku pun sama. Janji dapat profit, ye? Akhir-akhir ini aku sering monolog sendirian tentang misi kejutawanan aku dan keperluan aku. Ada beza. Misi kejutawanan bermula dari USD 10. Tiada tambahan dan pengeluaran sehingga misi tercapai USD 1 million. Keperluan hidup pula seolah-olah memerlukan aku mengubah strategi dapat gaji, campak Forex, trading, nak pakai keluarkan. Sememangnya sangat sukar untuk mendisiplinkan diri ke arah itu. Kedua-dua isu ini tetap memberi sesuatu. Duit...

Dari sudut pandangan aku, apabila sudah tetapkan matlamat, cara pula menjadi isu lain. Ada 1 sistem yang terbaik setakat ini. Merdekarama SE. Sangat mudah. Dalam dilema ini aku pula x boleh nak melangkaui peraturan yang aku tetapkan. Peraturan adalah peraturan. Langgar pantang larang, musibah memang menunggu. Bayangkan apabila 1 hari saja aku tak sabar, wang yang terkumpul kembali ke pasaran. Bermula dari bawah. Tak ke buang masa.

Ada orang mampu menerangkan apa yang difahami dengan Forex. Ada pula yang sukar untuk diterjemahkan. Tengok baru tahu nak cakap apa. Ada pula tak perlu nak fikir-fikir. Buat je. Ikut arahan. Aku tergolong dalam geng orang yang sukar nak terjemahkan Forex kepada orang lain. Aku dah cuba pelbagai teknik, strategi, cara dan setting. Alhamdulillah berkat ada cikgu macam Jero, aku dah nampak asas pergerakan Forex. Kemudian pakai setting Greenpips nampak lagi selok belok. Kemudian tukar kepada Merdekarama, lebih accurate entry.

Jadi aku cuba lagi mencari jawapan dalam sebulan dua lagi. Setakat ini aku teruskan perjuangan yg ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan